Friendly Match - PSB FC vs Gayaratau FC

TUARAN, 4 OGOS  -  Walaupun pada bulan puasa, namun PSB FC tetap mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan bola sepak di sekitar kawasan pantai barat selatan sebagai persediaan untuk menghadapi saingan Liga KPL (Kiulu Premier League) yang bakal bermula tidak lama lagi. Begitulah keadaannya bagi pemain-pemain pasukan PSB FC yang begitu komited di dalam sukan bola sepak. Pada perlawanan persahabatan kali ini, PSB FC telah bertemu dengan pasukan daripada Gayaratau FC, sebuah pasukan yang berasal daripada Kampung Gayaratau di Jalan Ranau. Pada aksi persahabatan yang diadakan di Padang Pertanian Tuaran pada kali ini, PSB FC telah tewas dengan jaringan 4-2. Gayaratau FC menampilkan para pemain muda serta pemain veteren yang cukup cergas dan bertenaga manakala PSB FC menampilkan pemain yang kurang bertenaga (disebabkan faktor puasa) pada aksi kali ini. Faktor inilah yang menjadi penyebab utama kekalahan PSB FC pada perlawanan kali ini.

Barisan kesebelasan utama PSB FC pada kali ini ialah Rayzuone (GK), Jeffry (CB), Masnin (CB), Cikgu Anis (RB),  Dandy (LB) , Andi (DMF), Effendi (CMF), Jasri (AMF), Hasrin (RWF), Elvin (LWF), dan juga Redzuan (CF).  Pada separuh masa pertama, Gayaratau FC dan PSB FC saling berbalas-balas serangan namun ketangkasan bahagian pertahanan serta penjaga gol kedua-dua pasukan berjaya mengelakkan pasukan masing-masing daripada dibolosi. PSB FC berjaya membuka jaringan pada minit ke-10 hasil daripada percubaan pemain sayap kiri, Elvin. Pada separuh masa yang pertama juga, Gayaratau FC dilihat mendominasi hampir keseluruhan permainan kerana para pemain PSB FC dilihat tidak mempamerkan aksi sebenar. Namun demikian, PSB FC berjaya mempertahankan kedudukan 1-0 sehingga separuh masa yang pertama tamat.

Pada separuh masa yang kedua, PSB FC membuat pertukaran pemain dengan hanya Jeffry dan Redzuan sahaja yang dikekalkan. Pertukaran yang dilakukan oleh PSB FC ialah Tommy mengantikan Rayzuone (GK), Jeffry dikekalkan (CB), Masnin digantikan dengan Rudy (CB), Cikgu Anis digantikan dengan Mohd. Rizuan (RB), Dandy digantikan dengan Jasnin (LB), Andi digantikan dengan Emon (pemain jemputan) (DMF), Effendi digantikan dengan Jasneh (CMF), Elvin digantikan dengan Hajelin (LWF), Hasrin digantikan dengan Asfaridzul (RWF) manakala Jasri digantikan dengan Rehan. Redzuan mengisi posisi Jasri (AMF) manakala Rehan mengisi posisi CF. Sebaik sahaja separuh masa yang kedua bermula, Gayaratau FC terus mengasak benteng pertahanan PSB FC dan akhirnya Gayaratau FC berjaya menyamakan kedudukan hasil daripada sepakan sudut yang berjaya ditanduk oleh pemain tengah Gayaratau FC yang tidak dikawal. Tersentak daripada gol penyamaan tersebut, PSB FC menggandakan serangan dan akhirnya Rehan berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan leret yang menewaskan penjaga gol Gayaratau FC dan menjadikan kedudukan 2-1. Namun demikian, Gayaratau FC tidak mengambil masa yang lama untuk menyamakan kedudukan hasil daripada gerakan solo menarik striker pasukan tersebut yang berjaya melepasi pemain pertahanan PSB FC dan seterusnya menewaskan penjaga gol PSB FC, Tommy dan menjadikan kedudukan 2-2.

Pada pertengahan babak yang kedua, Gayaratau FC terus garang melakukan serangan bertubi-tubi dan akibat daripada kesilapan pemain pertahanan PSB FC, sekali lagi striker Gayaratau FC berjaya menjaringkan gol melalui gerakan solo yang berjaya menewaskan pemain pertahanan PSB FC dan seterusnya berjaya memperdayakan penjaga gol PSB FC dan menjadikan kedudukan 3-2. Gerakan tersebut sememangnya satu gerakan yang cukup menarik dan striker Gayaratau FC telah menunjukkan satu permainan yang cukup tenang dan bertenaga. PSB FC cuba untuk bangkit daripada ketinggalan 1 gol namun faktor perbezaan tenaga (pemain PSB berpuasa) telah membuatkan pemain PSB FC tidak mampu untuk bersaingan dengan para pemain Gayaratau FC. Akibatnya, striker Gayaratau FC sekali lagi berjaya menjaringkan gol keempat bagi pasukan tersebut selepas percubaan daripada gerakan solo pemain sayap Gayaratau FC berjaya ditepis oleh penjaga gol PSB FC, Tommy namun bola tersebut dengan pantas di sepak masuk oleh striker Gayaratau FC yang tidak dikawal. Keputusan akhir perlawanan ialah 4-2.
by : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com


1 comments:

  1. cici said...

    Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"