Friendly Match - PSB FC vs Kamara FC


TUARAN, 12 OGOS – Selepas menewaskan pasukan Selupuh FC 9-1 pada hari sebelumnya, sekali lagi PSB FC berjaya mencatatkan kemenangan besar ke atas pasukan Kamara FC. Perlawanan yang berlangsung di padang Kampung Selupuh Tuaran itu menyaksikan PSB FC menewaskan pasukan yang berasal dari Tenghilan itu dengan keputusan 8-0. Pada perlawanan kali ini, PSB FC diperkuatkan dengan kehadiran Rusdy dan juga Francis (pemain baru PSB FC) yang mengemudi bahagian tengah pasukan PSB FC. Kemenangan itu juga menyaksikan PSB FC melakarkan rekod baru pasukan tersebut dengan mencatatkan 17 gol dalam 2 perlawanan; satu jumlah jaringan yang agak besar. Penyerang sensasi PSB FC, Rehan juga telah berjaya melakarkan satu rekod baru di dalam pasukan dengan menjaringkan 8 gol di dalam 2 perlawanan sekaligus memadamkan rekod 7 gol dalam 2 perlawanan yang dicatatkan oleh Redzuan sebelum ini.

Di dalam perlawanan ini, PSB FC dibarisi oleh Tommy (GK), Jeffry (CB), Dandy (CB), Mohd. Rizuan (RB), Effendy (LB), Francis (DMF), Rusdy (CMF), Jasneh (AMF), Hajelin (LWF), Jasri (RWF) dan Rehan selaku (CF). Pada separuh masa yang pertama, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun kekebalan bahagian pertahanan kedua-dua pasukan menyebabkan kedua-dua pasukan sukar untuk menjaringkan gol. Akhirnya pada minit yang ke-12, pemain sayap PSB FC, Jasri, berjaya memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol yang pertama selepas mudah menolak masuk hantaran lintang yang gagal di tangkap oleh penjaga gol Kamara FC. Selang beberapa minit kemudian, Rehan berjaya menjaringkan gol yang kedua melalui rembatan kencang dari kawasan kotak penalti.  Kamara FC cuba untuk bangkit dengan melancarkan serangan bertubi-tubi namun kekebalan barisan pertahanan dan kecekapan penjaga gol PSB FC menafikan setiap serangan yang dilakukan oleh pasukan yang berjersi coklat itu. Sebelum berakhirnya separuh masa yang pertama, Rehan berjaya menjaringkan 2 gol lagi yang menyaksikan PSB FC mendahului 4-0 pada separuh masa yang pertama.

Pada separuh masa yang kedua, beberapa pertukaran pemain telah dilakukan di dalam pasukan PSB FC iaitu Tommy (GK) dikekalkan, Jeffry (CB) juga dikekalkan sementara Dandy dikeluarkan dan digantikan dengan Jonius. Mohd. Rizuan juga dikeluarkan dan digantikan dengan Jasnin (LB) dan Masnin (RB) masuk mengantikan Effendy. Seterusnya, Andi mengantikan Jasneh di bahagian (CMF) manakala Francis kekal di posisi (DMF) dan Rusdy mengisi posisi (AMF). Sementara itu, Jasri dikeluarkan dan digantikan dengan Nazree di bahagian (RWF). Rehan kekal sebagai (CF) manakala Hajelin dikeluarkan dan digantikan dengan Cikgu Anis@pemain jemputan PSB FC di bahagian (RWF).

Separuh masa yang kedua menyaksikan Kamara FC bermula dengan garang apabila beberapa kali menguji penjaga gol PSB FC, Tommy namun masih gagal untuk menewaskan penjaga gol yang tinggi lampai itu. Pada separuh masa yang pertama juga menyaksikan 4 gol telah berjaya dihasilkan oleh PSB FC dengan Rehan berjaya menjaringkan 1 lagi gol dan menjadikan jumlah jaringan yang dihasilkan oleh penyerang sensasi itu 4 gol. Pemain baru PSB FC, Francis juga turut berjaya menjaringkan 1 gol melalui sepakan lambung yang berjaya menewaskan penjaga gol gantian Kamara FC. Rusdy juga berjaya menjaringkan gol di dalam perlawanan pertama baginya bersama PSB FC setelah sekian lama tidak turun bermain dengan pasukan itu. Pemain sayap gantian PSB FC, Nazree turut mencatat nama di dalam senarai penjaring setelah berjaya menjaringkan gol yang pertama bagi dirinya di dalam aksi persahabatan melalui satu tandukan menarik dari sebelah kanan pintu gol Kamara FC. Keputusan akhir bagi perlawanan tersebut adalah 8-0. Sementara itu, penjaga gol PSB FC, Tommy yang baru sembuh daripada kecederaan belakang, sekali lagi cedera di bahagian pergelangan tangan kiri yang dipercayai terseliuh dan tidak akan dapat bermain selama 3-5 hari. Diharapkan penjaga gol PSB FC, Rayzuone dapat turun bermain di dalam perlawanan akan datang. by : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com.


Percubaan oleh pemain PSB FC, Jasneh.

Aksi perebutan bola di udara.

Pemain baru PSB FC, Francis Stephen.

Aksi pemain PSB FC (jersi merah).

Penjaga Gol PSB FC, Tommy menyelamatkan percubaan lawan.

Gambar-gambar perlawanan boleh dilihat di dalam Group Facebook Kampung Bungalio melalui link berikut : Friendly Match - PSB FC vs Kamara FC Album.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"