Shoot at Pekan Tanjung Malim...







Petang tadi, sy keluar p Pekan Tanjung Malim untuk cari makanan...pastu secara x sengaja sy terbawa DSLR...so, sy shoot la apa2 yg boleh di shoot...huhu...=)

shoot dalam bilik mandi.....





Huhuhuhu....hello hello....Hari ini sy sangat bosan......lgpun hari hujan...sy bercadang nak g shoot gambar2 tp hujan pula...So, sa jadikan bilik mandi sebagai tempat untuk sy shoot...(walupun gambar pelik2 sebab teknik blm mantap)...hahaha...anyway....enjoy ja pa yg ada...huhuu...

Perkhemahan Briged Bomba 2







Pada 6, 7, dan 8 Julai yang lalu, sy telah mengikuti satu perkhemahan Briged Bomba yang telah diadakan di Kalumpang Resort. Perkhemahan tersebut adalah perkhemahan yang pertama sy join sejak belajar di UPSI. So far, perkhemahan tersebut boleh la dikatakan menarik. Terdapat banyak aktiviti yang telah kami jalankan semasa perkhemahan tersebut.
Walaubagaimanapun, secara peribadi, sy merasa sedikit kecewa dengan perkhemahan tersebut. Hal ini demikian kerana pada awal perkhemahan tersebut, para jurulatih dan juga para AJK perkhemahan tersebut memberitahu sy bahawa cabaran yang bakal kami tempuhi semasa perkhemahan tersebut adalah berat. Sy mula berasa seronok apabila mendapat tahu bahawa cabaran yang ada di dalam aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam perkhemahan tersebut adalah berat. Sy mmg teringin untuk melakukan aktiviti-aktiviti lasak kerana sy dah lama x buat aktiviti yg lasak.
Namun demikian, apabila sy mengikuti aktiviti (jungle treking), cabarannya sangat ringan@kurang. Huhuhu, walaupun begitu, sy tetap memberikan 100% komitmen terhadap aktiviti tersebut. Huhuhu, secara keseluruhannya, sy bagi 8 markah (daripada 10) untuk perkhemahan kali ini....Tahniah kepada penganjur dan juga kepada para peserta yang telah mengikuti dan menjayakan program perkhemahan tersebut.

Beli Motor....




Pada 26 Julai 2010, sy telah membeli "sebiji" motor. Sy beli Yamaha Lagenda Z 110. Motor ni secondhand ja dan berharga kira-kira RM3000. Overall, prestasi enjin motor ni masi ok. Just cover motor ni ada calar and pecah sikit di satu dua tempat. Motor ni baru 2 tahun digunakan oleh pemilik sebelum ni. Segala urusan pertukaran nama pemilik, pembayaran road tax, pembayaran insurans dan pembayaran harga motor ni berjalan dengan lancar dan dapat di settlekan dalam masa seminggu. So, skrg, motor ni dah mmg sah dah menjadi milik sy.

Objektif utama sy membeli motor ini ialah :
1. memudahkan sy pergi ke kuliah.
2. memudahkan sy untuk pergi ke mana-mana sahaja untuk menguruskan urusan-urusan
3. memudahkan sy keluar membeli makanan/barangan keperluan harian pada masa cuti

Pendek kata, dengan adanya motor ni, sy x perlu lagi bersusah payah beratur untuk menaiki bas atau menaiki kereta sapu. Ni dapat menjimatkan bajet harian sy. motor ni juga dapat menjimatkan masa sy di sini. Huhu, stakat ni, motor ni xda masalah. Just sy sedang dalam proses meng "upgrade" motor ni..(mo bagi motor ni nampak smart)...hahaha...okai, thatz all sa mo cakap untuk kali ni....oh ya, sy beli motor ni kat Jalan Ketoyong, kat kedai Chelsea Motor...hahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"