Facebook oooo Facebook...



Huhuhu, gudnyt to all....Em, skrg ni baru pukul 10.48 PM...Malam masih muda..Huhu, tp sy rasa sangat2 boring...xtau nak buat apa ni. So, blog lah yang menjadi sasaran untuk melepaskan rasa boring ni. Hari ni, sy upload gambar facebook ke dalam blog sy ni. Bagi sy, facebook adalah laman sosial yang paling menarik dan di minati ramai (fakta). Kalau dulu, friendster la yang menjadi pilihan ramai. Tp, apapun, pada masa kini, fcebook lah yang menjadi pilihan ramai (juga fakta). Facebook sebenarnya kadang kala juga membosankan. Apa yang membuatkan facebook ini menarik ialah aplikasi2 @ game2 yang ada dalam laman sosial ni. Game2 seperti farmville, petville, mafia war, ninja saga dan sebagainya dapat menghilangkan kebosanan serta dapat menarik ramai orang untuk membuka facebook semata2 untuk bermain permainan yang terdapat di dalam facebook. Facebook juga boleh dijadikan tempat untuk manusia2 yang selalu on9 berkongsi maklumat dan mengetahui maklumat terkini. Pastu, bleh juga berkongsi2 gambar dan video...Pendek kata, facebook ni boleh mendatangkan seribu satu kebaikan kepada manusia. Namun demikian, apa yang kurang baik dgn facebook ini ialah, dalam facebook ni, macam2 perbuatan yang tidak baik boleh dilakukan. Sebagai contoh, menyebarkan fitnah dalam bentuk artikel atau komen serta melalui gambar2 dan juga video2...tu ja yang kurang baik dengan facebook ni. Senang sangat untuk kita menjatuhkan orang lain dengan facebook. So, sebagai pengguna facebook, kita masing2 fikirkan mana yang baik untuk kita lakukan dan mana yang kurang baik untuk dilakukan. Sebab sy risau, manalah tahu, kalau2 satu masa nanti facebook diharamkan di negara kita gara2 keburukan2 yang ada..huhuhu, so, lu fikir la sendiri...hahaha...

DSLR.....

























Huhuhu, gudnyt to all....seperti biasa, jam 2.12 AM, bersamaan dengan 29 April 2010. Sy tengah menunggu perlawanan bola sepak antara Barca dengan Inter...tapi, sementara tu, sy nak cakap tentang DSLR. Sy seorang yang sangat2 meminati bidang photography...sejak dari sekolah menengah lagi. Camera digital compact jenama Nikon L11 adalah camera digital pertama sy...tp 3 tahun kemudian, camera tu rosak, screen problem. Pastu, sy beli sebuah lagi camera digital jenama Ben-Q E1000...camera tu ok dan baik coz camera tu boleh digunakan dalam Mode M, A dan S...
pastu, tahun lalu, sy beli sebuah DSLR nikon D40x dr kawan sy. 2nd hand ja..hahaha,tp sikit sangat function dalam camera tu. Lagipun, D40x tu sesuai utk entry level. Sy dah nak masuk level pertengahan dah skrg ni. So, sy bercadang utk jual D40x sy tu dan sy nak beli Nikon D5000. D5000 ni macam yang ada dalam gambar ni.Huhuhu, tp sy nak beli body ja,lensa tu sy nak beli yang bagus sikit dr yang standard punya.Tp itu pun bergantung kepada bajet jugalah. Pastu, sy nak beli sekali dengan speedlight. Huhuhu..habislah duit sy tahun ni. Terpaksalah berjimat gara2 nak dapatkan D5000 tu...tp xpalah, kalau dah minat, berbaloi lah...hahaha....

Movie Time....


Hello semua, selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan...jam menunjukkan pukul 3.37 AM bersamaan dengan 24 April 2010. huhuhu, keadaan pagi ni sejuk...setiap hari pun sejuk...huhuhu..angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ja tapi mmg sejuk la..huhuhu, saya sebenarnya baru ja habis tengok movie tadi. Saya tengok movie yang bertajuk "How To Train Your Dragon"...(cover dia seperti yang dalam gambar ni). Movie ni adalah salah satu daripada movie versi 3D....Movie ni mengisahkan tentang masyarakat viking yang sentiasa diganggu oleh naga-naga. Pastu, dipendekkan cerita, seorang budak lelaki telah berjaya menangkap seekor naga yang x boleh terbang coz kepak pada bahagian ekor naga tersebut cacat. Pastu budak lelaki tu pun berkawan dengan naga tu dan......hahahaha,better kamu tengok sendiri lah movie ni kalau kamu mau tau cerita yang seterusnya..hahahahaha...
Tapi, apapun, cerita ni memang best lah bagi saya. Jalan cerita dan kualiti 3D serta efek2 yang ditonjolkan di dalam movie ini memang mantaplah. Huhuhu, kalau kamu x percaya, kamu tengoklah movie ni kalau kamu ada masa. Kalau kamu mau yang lebih happening, kamu p tengok di panggung. Baru betul2 happening coz kalau di panggung kamu akan rasa lebih best...huhuhu....
Oklah, itu ja yang saya mau kongsi pada hari ini. Huhuhu,lepas ni saya mau tidur dah ni...gud morning to all...have a nice day...^_^

Amazing....




hahahaha, cuba kamu baca benda ni seperti biasa...memang sangat2 menakjubkan...pemikiran manusia memang sesuatu yang kompleks dan special...huhuhu...

Something wrong.....

em,hy...gud morning...skrg ni, jam menunjukkan pukul 3.07 AM.....bersamaan dengan hari khamis, 22 April 2010...saya sedang duduk di tepi tingkap rumah saya sambil menaip benda yang kamu baca sekarang ni....hahaha...pagi ni rasanya sangat sejuk....hujan turun mencurah-curah di luar tu...tu yang membuatkan rasa sejuk sangat ni...em, sekali lagi, untuk yang ketiga kalinya, saya terpaksa mengubah blog saya ni...hahaha, actually, saya belum mahir lagi menggunakan blog...sebab tu sering kali ja saya tersilap dan something wrong terus belaku...huhuhu, tapi saya da dapat pengajaran dan pembelajaran yang berguna dah lepas yang ketiga kali ni...harap2 selepas ni, something wrong tu x berlaku lagi...em, oklah, thatz all for today...lepas ni saya mo try upload gambar2 kedalam blog ni pula..huhuhu...nanti saya tulis2 lagi k...have a nice day to all....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"