TUARAN, 11 OGOS – PSB FC sekali lagi bertandang ke Padang Kampung Selupuh dalam satu aksi persahabatan pada petang hari ini. Pada perlawanan kali ini, PSB FC bertemu dengan pasukan daripada Kampung Selupuh itu sendiri iaitu Selupuh FC. Dalam perlawanan kali ini, PSB FC telah menurunkan pemain-pemain utama di dalam pasukan tersebut kerana pada aksi kali ini, para pemain PSB FC telah bertekad untuk memenangi perlawanan ini kerana 2 perlawanan yang telah diharungi oleh PSB FC sebelum ini agak mengecewakan setelah kalah 4-2 kepada Gayaratau FC dan seri 4-4 dengan pasukan Veteran Tuaran FC. Disebabkan oleh semangat juang yang tinggi, PSB FC berjaya membenam pasukan Selupuh FC 9-1 di gelanggang pasukan tuan rumah itu sendiri. Ini adalah satu rekod baru jumlah jaringan yang dicatatkan oleh PSB FC dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana sebelum ini, keputusan terbaik yang pernah dilakarkan oleh PSB FC adalah sebanyak 7 jaringan sahaja.
Barisan kesebelasan utama PSB FC pada perlawanan kali ini adalah Tommy (GK), Jeffry (CB), Dandy (CB), Andi (RB), Mohd. Rizuan (LB), Francis (pemain baru PSB FC) (DMF), Jasneh (CMF), Redzuan (AMF), Hajelin (RWF), Jasri (LWF) dan Rehan selaku (CF). Pada babak pertama, Rehan berjaya menjaringkan 3 gol hasil daripada gerakan individu dan juga tandukan kencang yang telah berjaya menewaskan penjaga gol Selupuh FC. Namun, pasukan Selupuh FC berjaya mendapatkan satu gol melalui striker pasukan tersebut yang berjaya memperdayakan penjaga gol PSB FC, Tommy melalui satu sepakan lambung. Gol keempat dijaringkan oleh pemain tengah PSB FC iaitu Jasneh yang bijak mengawal bola dari kawasan luar kotak penalti lalu menewaskan penjaga gol menerusi sepakan leret ke arah sebelah kanan pintu gol Selupuh FC. Sebelum berakhirnya babak pertama, PSB FC berjaya mendapatkan gol yang kelima hasil daripada jaringan sendiri pemain pertahanan Selupuh FC yang tertampan bola ke gawang sendiri. Keputusan pada separuh masa yang pertama ialah 5-1.
Pada separuh masa yang kedua, PSB FC melakukan beberapa perubahan di dalam pasukan tersebut iaitu Tommy (GK) dikekalkan, Jeffry (CB) dan Dandy (CB) juga dikekalkan, Mohd. Rizuan dikeluarkan dan digantikan dengan Masnin (LB), Jonius@pemain jemputan PSB FC (RB) masuk mengantikan Jasneh yang bermain di bahagian tengah namun Jonius mengisi posisi (RB). Sementara itu, Andi mengantikan Jasneh di bahagian (CMF) setelah posisinya pada separuh masa yang pertama di isi oleh Jonius. Di bahagian (DMF), Francis kekal di posisi (DMF) sementara Jasri dikeluarkan dan digantikan dengan Effendy yang bertindak sebagai (AMF). Redzuan yang sebelum ini mengisi posisi (AMF) mengambil posisi (LWF) setelah posisinya diisi oleh Effendy. Rehan kekal sebagai (CF) manakala Hajelin dikeluarkan dan digantikan dengan Nazree di bahagian (RWF). Babak kedua bermula dengan agak perlahan kerana para pemain kedua-dua pasukan telah keletihan. Namun demikian, PSB FC terus garang mengasak kubu pasukan Selupuh FC dan hasilnya, Redzuan berjaya menjaringkan 2 gol manakala Rehan berjaya menambah satu lagi gol yang menjadikan jumlah keseluruhan jaringan bagi pemain tersebut di dalam perlawanan ini 4 gol. Gol yang kesembilan bagi PSB FC dijaringkan oleh Francis@pemain jemputan PSB FC yang berjaya melepasi beberapa pemain tengah dan pertahanan Selupuh FC dan seterusnya melakukan satu rembatan kaki kiri yang kencang dari luar kotak penalti yang tepat mengenai palang gol dan terus mengegar gawang Selupuh FC. Keputusan akhir bagi perlawanan tersebut ialah 9-1. Selepas tamat perlawanan tersebut, para pemain PSB FC bersama-sama berbuka puasa di tepi padang dengan menjamu kuih-muih dan minuman ringan. by : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com
Antara aksi di dalam perlawanan ini. |
Aksi penjaga gol PSB FC, Tommy. |
Gambar-gambar perlawanan ini boleh dilihat di dalam Group Facebook Kampung Bungalio melalui link berikut : Friendly Match - PSB FC vs Selupuh FC Album.
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny