TUARAN, 27 JULAI – PSB FC telah mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan pada minggu ini. Perlawanan persahabatan yang diadakan pada kali ini adalah menentang Kelab Pertanian Tuaran FC (KPT FC) yang telah diadakan di Padang Pertanian, Tuaran. Pada perlawanan kali ini, PSB FC telah mengunakan formasi 4-3-3 iaitu Redzuan sebagai striker manakala Hasirin dan Elvin masing-masing mengisi posisi sayap kanan dan sayap kiri. Di bahagian midfield pula, Rehan bermain sebagai attacking midfielder manakala Andi Azuan dan Jasri sebagai defensive midfielder. Di bahagian pertahanan pula, Jeffry dan Rudy bertindak sebagai center midfield manakala Mohd. Rizuan sebagai left back. Bagi posisi right back pula, Cikgu Anis, iaitu pemain veteran yang juga pengadil bertauliah telah diberikan mandat untuk mengisi posisi tersebut. Sebagai rekod, Cikgu Anis sering menyertai PSB FC di dalam perlawanan persahabatan untuk mengisi masa lapang beliau. Posisi penjaga gol pula diisi oleh Tommy.

Sebaik saja wisel permulaan dibunyikan, KPT FC terus mengasak benteng pertahanan PSB FC dan hampir-hampir berjaya mendapatkan gol yang pertama melalui hantaran lintang yang berjaya mengelirukan penjaga gol PSB FC, Tommy. Namun tandukan daripada striker KPT FC sekadar mengegar palang gol PSB FC. Tersentak dengan percubaan tersebut, PSB FC melancarkan serangan balas dan akhirnya pemain sayap kiri PSB FC, Elvin telah berjaya menjaringkan gol yang pertama bagi PSB FC dan juga gol yang pertama bagi dirinya sepanjang debutnya bersama dengan PSB FC di dalam perlawanan persahabatan. Dengan ketinggalan 1 gol, KPT FC terus menyerang kubu pertahanan PSB FC melalui hantaran jauh namun tidak berjaya melepasi pertahanan tengah PSB FC, Rudy dan Jeffry. Satu lagi gol berjaya dihasilkan oleh PSB FC melalui pemain sayap kanan, Hasirin yang berjaya menewaskan penjaga gol KPT FC. KPT FC pula berjaya mendapatkan peluang keemasan untuk merapatkan kedudukan melalui satu rembatan di dalam kotak penalti namun penjaga gol PSB FC, Tommy berjaya menepis percubaan tersebut dan seterusnya dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pertahanan PSB FC. Pada pertengahan permainan, penyerang PSB FC, Redzuan berjaya menjaringkan gol melalui rembatan kenyang dan beberapa minit kemudian, sekali lagi pemain sayap kanan PSB FC, Hasirin berjaya menjaringkan gol melalui sebelah kanan pintu gol KPT FC yang menjadikan kedudukan 4-0. Pada masa kecederaan separuh masa pertama, penyerang KPT FC berjaya melepasi pertahanan PSB FC dan melakukan rembatan kencang pada jarak dekat yang berjaya ditepis oleh penjaga gol PSB FC namun rembatan tersebut terlalu kencang dan terus mengegar gawang PSB FC. Separuh masa pertama berkesudahan dengan 4-1.

Pada separuh masa yang kedua, PSB FC melakukan 8 pertukaran iaitu Rayzuone mengantikan Tommy sebagai penjaga gol. Mohd. Rizuan pula digantikan oleh Hajelin sebagai left back manakala Cikgu Anis digantikan oleh Fendy, sebagai right back. Sebagai info, Fendy adalah pemain jemputan yang menyertai PSB FC di dalam perlawanan persahabatan kali ini. Di bahagian midfield pula, Jasri digantikan dengan Effendy dan Jasneh masuk untuk mengantikan posisi Andi Azuan. Andi Azuan pula bergandingan dengan Jeffry di bahagian center back. Rehan mengantikan posisi Elvin di bahagian sayap kiri manakala Redzuan kekal sebagai penyerang. Di bahagian sayap kanan pula, seorang lagi pemain jemputan PSB FC, iaitu Rafizan, yang juga merupakan rakan se-universiti kepada Redzuan, diberikan tanggungjawab untuk mengisi posisi tersebut. Sementara itu, Hasirin dikeluarkan dan digantikan dengan seorang lagi pemain jemputan PSB FC iaitu Max@Rajinal yang melakukan debut pertamanya bersama dengan PSB FC. Max mengisi posisi attacking miedfiled mengantikan Rehan yang mengisi posisi sayap kiri.

Separuh masa kedua dimulakan dengan hujan lebat yang mula turun dan dalam masa 10 minit yang pertama permainan, KPT FC berjaya menewaskan penjaga gol gantian PSB FC, Rayzuone sebanyak 2 kali dan menjadikan kedudukan 4-3. Tersentak dengan 2 gol tersebut, PSB FC menggandakan serangan dan akhirnya penyerang PSB FC, Redzuan berjaya menjaringkan 2 gol (yang juga merupakan gol hatrik berturut-turut bagi pemain ini setelah menjaringkan 4 gol pada perlawanan persahabatan minggu lalu) pada pertengahan permainan yang menjadikan kedudukan 6-3. Pada minit-minit akhir permainan, Redzuan sekali lagi berjaya menewaskan penjaga gol KPT FC. Bola tersebut cuba diselamatkan oleh pemain pertahanan KPT FC namun bola tersebut telah pun melepasi garisan gol. Keputusan akhir perlawanan adalah 7-3. Man Of The Match pada perlawanan ini seharusnya diberikan kepada penyerang berbisa PSB FC, Redzuan yang telah berjaya menjaringkan 4 gol. Harus diingat, pada perlawanan sebelum ini (menentang Veteren Tuaran), pemain ini turut berjaya menghasilkan 4 gol. Kemampuan serta konsistensi pemain ini sebagai penyerang tidak dapat disangkal lagi kerana pemain ini telah pun membuktikannya di atas padang.

Jasri - Midfield


Hasirin - Winger.


Rayzuone - Goalkeeper.


Rehan - Attacking Midfield/Winger/Second Striker


Andi Azuan - Center Back/Defensive Midfield.


Effendy - Midfield.


Semangat berpasukan PSB FC.


Para pemain PSB FC.


Penjaga Gol - Tommy Mathew


Gambar-gambar perlawanan ini boleh dilihat di dalam Group Facebook Kampung Bungalio melalui link berikut : Friendly Match - PSB FC vs Kelab Pertanian Tuaran Album. by : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com.

Friendly Match - PSB FC vs Veteren Tuaran FC

TUARAN, 21 JULAI - PSB FC telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Veteren Tuaran FC. Perlawanan tersebut telah diadakan di Padang Kampung Selupuh, Tuaran. Perlawanan ini adalah merupakan perlawanan pertama bagi PSB FC setelah berehat daripada mengadakan perlawanan persahabatan selama kira-kira seminggu. Perlawanan ini menyaksikan PSB FC membenam pasukan Veteren Tuaran FC dengan keputusan 7-0. Di dalam perlawanan tersebut, PSB FC telah meletakkan Redzuan Ratimin sebagai penyerang manakala Hasrin bertindak sebagai sayap kiri dan Hajilin bertindak sebagai sayap kanan. Di bahagian tengah pula, Jasneh Amat, Jasri Amat dan Andi Azuan berganding bahu untuk menggerakkan bahagian tengah pasukan PSB FC. Di bahagian pertahanan pula, pemain multiposition PSB FC iaitu Jeffry Amat bergandingan dengan Dandy sebagai pertahanan tengah manakala Kitut mengisi posisi pertahanan kiri dan Donius mengisi posisi pertahanan kanan. Penjaga gol PSB FC pada perlawanan ini ialah Tommy Mathew.

Sebaik sahaja wisel dibunyikan, pasukan Veteren Tuaran FC terus mengasak kawasan PSB FC dan striker pasukan tersebut berjaya melepasi pertahanan PSB FC namun penjaga gol PSB FC, Tommy Mathew meluru keluar untuk menyelamatkan keadaan. Beberapa minit kemudian, sekali lagi pasukan Veteren Tuaran FC menyerang kawasan PSB FC melalui satu rembatan kencang menuju ke arah kanan gawang PSB FC namun sekali lagi penjaga gol PSB FC, Tommy yang pantas melayangkan badan untuk menampan bola tersebut dan memberikan sepakan sudut yang pertama kepada pasukan Veteren Tuaran FC. Pada pertengahan babak pertama, striker PSB FC, Redzuan Ratimin berjaya menjaringkan gol yang pertama dan selang beberapa minit kemudian, satu lagi gol telah dapat dijaringkan oleh striker yang berbakat tersebut. Tersentak dengan dua gol itu, pasukan Veteren Tuaran FC mempertingkatkan serangan dan satu percubaan dari luar kotak penalti telah dilakukan oleh midfield pasukan Veteren Tuaran FC namun berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol PSB FC. Sebelum berakhirnya separuh masa pertama, Redzuan berjaya menjaringkan 2 gol lagi yang menjadikan kedudukan 4-0 pada separuh masa yang pertama.

Separuh masa kedua dimulakan dengan PSB FC melakukan beberapa pertukaran. Kitut dikeluarkan dan diganti oleh Mohd. Rizuan manakala Razian dibawa masuk untuk mengantikan Jonius. Di bahagian pertahanan tengah, Rudy Ratimin dibawa masuk untuk mengantikan Jeffry Amat. Di bahagian tengah, Jasry Amat dikeluarkan dan digantikan dengan Mohd. Effendy. Striker sensasi PSB FC, Rehan Ratimin masuk mengantikan Hasrin dan Nazree masuk untuk mengantikan Hajilin. Pertukaran pemain ini menyaksikan Rehan mengisi posisi Striker manakala Redzuan, yang juga merupakan abang kepada Rehan bermain di posisi sayap kanan. Di dalam separuh masa yang kedua ini, Redzuan telah beraksi cemerlang dengan membuat beberapa hantaran silang kepada Rehan dan 3 daripada hantaran tersebut telah berjaya disudahkan oleh Rehan. 3 gol daripada Rehan menyaksikan pasukan PSB FC berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 7-0. 

Barisan pemain PSB FC.


Mohd. Effendy - Midfield PSB FC.


Tommy Mathew - Penjaga gol PSB FC di dalam perlawanan ini.


Mohd. Rizuan - Left Back PSB FC.


Rudy Ratimin - Center Back PSB FC.


Rehan Ratimin - Striker PSB FC yang berjaya menjaringkan 3 gol dalam perlawanan ini.


Barisan pemain PSB FC dalam perlawanan ini.




Gambar-gambar perlawanan ini boleh dilihat di dalam Group Facebook Kampung Bungalio melalui link berikut : Friendly Match - PSB FC vs Veteren Tuaran FC Album. by : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com
Persatuan Sukan Bungalio Football Club (PSB FC) adalah sebuah pasukan bola sepak yang telah lama wujud di Kampung Bungalio (kampung saya). Namun, baru tahun ini PSB FC menjadi sangat2 aktif dalam arena bola sepak di kawasan Kiulu, Tamparuli, Tuaran dan juga Kota Kinabalu. Sinonim dengan jersi berwarna merah dan oren, PSB FC juga merupakan salah sebuah pasukan bola sepak yang digeruni serta ditakuti oleh pasukan-pasukan bola sepak lain yang ada di kawasan Kiulu, Tamparuli, Tuaran dan juga Kota Kinabalu kerana tidak dapat dinafikan bahawa PSB FC merupakan sebuah pasukan yang kuat. Pemain-pemain PSB FC adalah terdiri daripada gabungan pemain muda dan juga pemain veteran Kampung Bungalio. Pasukan PSB FC juga menjadi sebuah pasukan yang kuat hasil daripada pemain yang berasal dari Kampung Bungalio itu sendiri. Hal ini bermaksud, PSB FC tidak pernah mengambil mana-mana pemain import (pemain selain daripada penduduk Kampung Bungalio).

PSB FC telah banyak mencipta kemenangan serta mencatat nama di dalam pertandingan-pertandingan jemputan ataupun pertandingan-pertandingan yang diadakan di kawasan Kiulu, Tamparuli, Tuaran dan juga Kota Kinabalu. Sebagai rekod, PSB FC pernah memenangi Liga Tompinahaton, Liga Perdana Kiulu (tanpa kalah), Sukan Komuniti dan beberapa pertandingan-pertandingan lain. Selain itu, PSB FC juga sering membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan luar seperti Pusakag FC (team All Star Kiulu), Penta FC, Pertanian FC, RRB FC, Malanggang FC, Veteren Tuaran FC dan sebagainya. Padang-padang yang sering dikunjungi oleh PSB FC ialah Padang Pertanian Tuaran dan Padang Malanggang Kiulu. PSB FC juga pernah beberapa kali bermain di Padang Sukma Kota Kinabalu, Padang Penjara Kepayan, Padang A Yayasan Sabah, Padang Maktab Kent Tuaran dan banyak lagi. Pasukan PSB FC biasanya membuat latihan pada setiap petang di Padang Kampung Bungalio bermula pada pukul 4.30 sehingga pukul 6.30 bergantung kepada keadaan cuaca.

Pasukan PSB FC pada asasnya di tunjangi oleh tiga orang adik-beradik yang sangat berbakat dan berkebolehan di dalam sukan bola sepak iaitu Jeffry Amat (CF/SS/AM/CM/CB), Jasneh Amat (AM/CM) dan juga Jasry Amat (Winger). Walaupun ketiga-tiga pemain ini sudah memasuki usia 40-an, namun permainan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga pemain ini masih tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemain di dalam pasukan ini terutamanya Jeffry Amat yang boleh bermain pada semua posisi dan juga Jasneh Amat yang mempunyai tendangan percuma yang sangat berbahaya. Selain itu, pasukan PSB FC juga diperkuatkan dengan kehadiran 5 orang adik-beradik iaitu Rehan Ratimin (CF/SS/AM), Redzuan Ratimin (CF/AM), Rusdy Ratimin (AM/CM), Rudy Ratimin (CB) dan Razian Ratimin (LB/RB). Kelima-lima orang adik-beradik ini sangat berbakat dan merupakan kunci utama kejayaan pasukan PSB FC dalam beberapa tahun kebelakangan ini. PSB FC juga diperkuatkan dengan dua orang penjaga gol iaitu Rayzuone Ramli dan Tommy Mathew yang mana tahap permainan kedua-dua penjaga gol ini masih lagi pada peringkat sederhana dan tidak konsisten. Namun masih banyak ruang untuk kedua-dua penjaga gol ini untuk memperbaiki tahap permainan serta tahap konsistensi dalam permainan. Namun, tidak dinafikan bahawa kedua-dua penjaga gol ini telah banyak menyumbang kepada kejayaan PSB FC. Selain itu, pemain-pemain PSB FC termasuklah Andi Azuan (CB/DM), Mohd. Rizuan (LB), Hasren (CB/LMF), Dandy (CB/DM), Effendy (CM/DM), Asin Johari (CB) dan ramai lagi.        

PSB FC juga dibarisi oleh beberapa pemain muda yang dijangka akan menjadi pelapis kepada PSB FC pada masa akan datang. Pemain-pemain muda berbakat seperti Mohammad Zaki@Jako (CF/RB/LB), Asfaridzul@Ejul (CF), Eric (CB/RB/LB), Clarence Victor@Pitong (RB/LB) dan Mohamad Hamzi (GK) semakin meningkat naik pada masa kini dari segi tahap permainan serta tahap keyakinan semasa bermain. Mereka-mereka inilah yang pastinya akan membarisi skuad PSB FC pada masa akan datang. Bagi saya, walaupun saya mempunyai banyak komitmen dengan team yang lain (Baksis FC (UPSI), Cutes FC (UPSI), Sonnet FC (UPSI) dan pernah juga bermain untuk Golden Horse FC (Kiulu) dan SMKTFS FC (Kiulu), namun keutamaan saya tetap kepada pasukan PSB FC kerana PSB FC merupakan pasukan bagi kampung saya sendiri dan yang paling penting, saya gembira dan puas bila bermain dengan pasukan PSB FC. Di bawah terdapat beberapa gambar-gambar pasukan PSB FC.


Aksi Penjaga Gol PSB FC, Tommy Mathew dalam perlawanan persahabatan antara PSB FC dengan Nexus Karambunai FC.

 Penjaga Gol PSB FC, Tommy Mathew.

Striker dan Midfield PSB FC, Redzuan Ratimin.

Aksi PSB FC menentang Nexus Karambunai FC dalam perlawanan persahabatan di Padang A Yayasan Sabah, Kota Kinabalu.

Kesungguhan para pemain PSB FC semasa dalam permainan.

Pasukan PSB FC menentang Utusan Borneo FC dalam aksi persahabatan di Padang Sukma, Kota Kinabalu.

Jasneh Amat, pakar tendangan percuma PSB FC.

Jeffry Amat, pemain yang boleh bermain di semua posisi.

Barisan pemain pasukan PSB FC dalam aksi persahabatan menentang pasukan Penjara FC di Padang Penjara Kepayan, Kota Kinabalu.

Barisan pemain pasukan PSB FC dalam aksi persahabatan menentang Pusakag FC (Allstar Kiulu) di Padang Malanggang, Kiulu.
Logo bagi Pasukan PSB FC.

Jika ada mana-mana pasukan bola sepak di kawasan Kiulu, Tamparuli, Tuaran atau Kota Kinabalu yang berminat untuk membuat perlawanan persahabatan dengan Pasukan PSB FC, anda bolehlah memaklumkan tarikh, tempat dan masa kepada mana-mana pemain PSB FC. Maklumat tambahan boleh di dapati di dalam Group Facebook Kampung Bungalioby : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com.

Personaliti Berdasarkan Tarikh Lahir


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.


Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)


Keterangan nombor lahir :

1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;    tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.


3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).

- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

 6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


Mengikut kepercayaan tradisi, nama seseorang itu mempunyai makna tertentu di sebaliknya. Walau apa bangsa atau keturunan, namanya tetap membayangkan makna di sebaliknya. Mengikut pakar numerologi, nama seseorang dapat menggambarkan personaliti atau kehidupan seseorang itu. Cubalah numerologi berikut:

1. Perhatikan abjad di bawah ini yang menyamai huruf-huruf pada nama kamu. Contoh: huruf ‘A’ nilainya 1.

1 A J S
2 B K T
3 C L U
4 D M V
5 E N W
6 F O X
7 G P Y
8 H Q Z
9 I R

2. Campurkan semua vokal (A, E, I, O, U) dan konsonan yang ada pada namamu secara berasingan. (Ada huruf konsonan yang dikira sebagai huruf vokal andainya ia berbunyi seperti huruf vokal bila disebut.Contohnya huruf Y dalam nama-nama ini: Sayfol atau Jenny)

3. Jumlahkan huruf vokal sehingga kamu dapat satu digit. Lakukan yang sama pada huruf konsonan.

Contoh: ADET ZAIN

Vokal: A+E+A+I

1+1+5+9 =16 = 1+6 = 7

Konsonan: D+T+Z+N

4+5+2+8 = 19 = 1+9 = 10 = 1+0 = 1

Kombo ADET ZAIN ialah 7-1

Kombo kamu mestilah antara 1-1 hingga 9-9

Selepas itu, carilah maksud yang tersirat pada kombo kamu dibawah ini. Selamat mencuba!

1-1 - Kamu sanggup berkorban apa saja demi untuk mencapai wawasanmu. Kalau kamu terpaksa memberi sesuatu yang berharga pada dirimu, kamu sanggup melakukannya.
2-1 - Kamu seorang yang peramah yang suka bergaul dengan sesiapa saja. Gunakan skill komunikasi yang kamu miliki untuk tujuan kebaikan padamu.
3-1 - Otak kamu cukup kreatif. Gunakan kelebihan ini dalam mancari kekasih baru kerana mungkin kamu akan bernasib baik kali ini. Peristiwa lama jangan dikenang.
4-1 - Jadual kamu terlalu sibuk dan tentu ini tidak elok kerana ia boleh mengganggu rancanganmu yang lain. Kamu perlu bijak mengatur rancangan dan jadualmu.
5-1 - Kamu seorang yang bertenaga. Jangan memencilkan diri daripada teman-teman.Sekali-sekala, berilah perhatian pada teman-teman lain seperti mana yang kamu inginkan.
7-1 - Hubungan jauh dengan si dia membawa kebahagiaan. Walau sering bertengkar, namun ia tidak selama-lamanya kerana bila kamu bersama, kamu berdua amat menghargai saat-saat itu.
9-1 - Jangan risau sangat apa yang orang lain mahukan dari dirimu. Yang penting ialah objektif hidupmu iaitu apa yang kamu mahukan dalam hidup ini.

_________________                                                                                                             

1-2 - Kamu bertindak dengan cepat dan tepat. Jadi semua orang sangka kamu suka mengawal. Jangan segan silu minta tolong jika kamu berada dalam kesusahan.
2-2 - Waspada! Kamu terlalu berlembut hati sehingga orang lain ambil kesempatan pun kamu tidak kisah langsung. Cubalah kamu fikirkan tentang dirimu dulu.
3-2 - Kamu mahu semua orang sukakan kamu tapi ia mungkin tidak akan berlaku. Oleh itu janganlah kamu membuang masa dengan mereka yang tidak pernah menghargaimu.
4-2 - Ada temanmu yang terasa kehilanganmu kerana sudah lama tidak bersama. Buat satu pertemuan antara semua teman-temanmu dan mereka pasti menghargaimu.
5-2 - Kamu suka bila menjadi tumpuan orang ramai. Jaga-jaga kerana sikap ini boleh menyinggung perasaan orang lain. Berilah peluang pada orang lain menunjukkan kemampuan mereka pula.
6-2 - Kamu bersikap berhati-hati dalam perhubungan sehingga membuatkan si dia rasa kehadirannya tidak diperlukan. Fikirkan hal ini dengan sebaik mungkin.nella
7-2 - Hampir semua temanmu hipokrit! Tapi kamu tidak seperti mereka. Kamu sentiasa memastikan dirimu bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang mereka perlukan.
8-2 - Seorang pemimpin semulajadi! Dengan mudah kamu mempengaruhi teman-teman bekerjasama sebagai satu pasukan.Teruskan semua ini demi untuk mendapatkan kehormatan orang ramai.
9-2 - Kamu memang seorang yang lembut hati dan manis. Ingat, ada yang suka ambil kesempatan.Tapi kebijaksanaanmu mengatasi segala-galanya.Akhirnya dia akan tunduk pada suruhanmu.

_________________                                                                                                             

1-3 - Mereka di sekelilingmu suka mendengar apa yang kamu perkatakan. Hulurkan bantuan pada temanmu kerana kamu memang hebat dalam bab tolong-menolong.
2-3 - Jangan ingat semua temanmu itu satu kepala denganmu. Oleh itu, kamu tidak perlu selalu memberi peluang kepada orang lain mendahuluimu dalam apa jua perkara.
3-3 - Sikap malu dalam dirimu selalunya disalahertikan oleh sesetengah temanmu. Tapi bagi teman-teman yang rapat, mereka tahu siapakah kamu yang sebenarnya.
4-3 - Kamu seorang penulis yang hebat. Idea kamu bernas dan tidak takut pada cabaran. Tapi kelemahanmu terbesar ialah sikap sensitif yang keterlaluan.
5-3 - Walaupun kamu menghadapi masalah besar manapun, kamu tetap bersikap tenang dan dapat menyelesaikan masalah itu. Kebolehanmu ini dapat membantu temanmu yang bermasalah.
6-3 - Teman-teman lelaki suka mendapatkan nasihat cinta darimu. Dah jadi pakar cinta konon! Walaupun mereka dah ada kekasih, mereka tetap meluangkan masa denganmu.
7-3 - Kamu tahu apa yang kamu mahukan dalam hidup kamu. Tapi ada kalangan temanmu yang tidak mengerti. Bersemuka dengan mereka dah terangkan segalanya.
8-3 - Tak sangka kamu adalah seorang yang suka bersaing dalam apa jua perkara pun. Jika kamu menghadapi seseorang yang kuat, jangan cepat panik.
9-3 - Sukar bagimu bersemuka dengan orang lain. Tapi memendam rasa terlalu lama juga tidak baik. Nanti tersalah orang, lain pula yang dimarah.

_____________                                                                                                                     

1-4 - Kamu cepat bosan dengan kekasih baru kerana kamu tiada pendirian yang pasti. Lain kali kamu perlu berpura-pura walaupun si dia amat membosankan kamu.
2-4 - Rileks! Jangan terburu-buru membuat keputusan. Semuanya akan berakhir dengan baik. Dan jangan kamu bersikap terlalu sensitif terhadap apa jua keadaan pun.
3-4 - Kebebasan amat penting bagimu. Dan kamu suka dilayan sebagai orang yang matang. Bila masalah besar timbul, kamu perlu bertindak cepat menyelesaikan masalah itu.
4-4 - Berpenampilan menarik membuatkan kamu rasa hebat seklai dalam hidupmu. Teman berkata kamu seorang yang menarik. Tidak semestinya wajah atau fizikal tetapi sikapmu itu.
5-4 - Kamu perlu mengurangkan aktiviti sosialmu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman jiwamu. Alternatifnya ialah bergaul dengan teman-teman yang tidak mendatangkan masalah.
6-4 - Kamu suka kekasih misteri. Cubalah cari kekasih yang mudah difahami dan kamu akan merasa kebahagiaan bersamanya daripada kamu asyik menggaru kepala bersama gadis/teruma misteri.
7-4 - Kuat keyakinan bila berkomunikasi dengan orang lain di pejabat/sekolah. Bijak-bijaklah pilih teman kerana aada segelintir manusia yang tidak menghargai sumbangnamu.
8-4 - Banyak bergaul dengan teman yang gemar membaca. Ia dapat membantumu menambah pengetahuan. Mungkin si dia juga sesuai dijadikan pasangan istimewa buatmu..siapa tahu?
9-4 - Sikap terlalu terperinci kamu membosankan orang lain. Kurangkan perangai itu dan kamu akan jadi tumpuan di pejabat/sekolah.

____________________                                                                                                       

1-5 - Semua orang sukakan kamu kerana sikap kamu yang cukup peramah. Jadi teruskan sikapmu itu agar kamu disukai dan tidak mendapat musuh.
2-5 - Kamu bukan seorang yang pintar. Tapi peduli apa orang lain fikir. Yang penting ialah kamu berani menyuarakan pendapatmu dan ini menunjukkan kamu juga berakal.
3-5 Kamu suka menghadiri majlis keramaian. Jangan mengharapkan semua akan berakhir dengan apa yang kamu kehendaki kerana mungkin kesilapan kecil mendatangkan keseronokan.
4-5 - Suka menolong adalah sikapmu. Jangan bersedih jika kamu tidak dapat menolong temanmu sekali sekala kerana dia faham kamu akan mencuba di lain masa.
5-5 - Semua orang sangka kamu ni kelakar. Memang betul pun! Meskipun sikap kelakarmu itu menggembirakan tapi berwaspadalah kerana ada seseorang dengki terhadapmu.
6-5 - Tidak dinafikan kamu seorang yang dapat menarik perhatian orang lain. Tapi adalah lebih baik jika kamu tidak berusaha terlalu kuat sangat hingga boleh menyinggung teman lain.
7-5 - Kamu mudah rasa gelisah. Ini memudahkan orang lain perasan tentang dirimu. Cuba atasinya dengan segera. Daptkan bantuan profesional jika perlu.
8-5 - Walau apa situasi pun, tuah tetap di pihakmu.Jangan lupakan mereka yang pernah membantumu.Nanti dapat gelaran ‘kacang lupakan kulit’.
9-5 - Kadangkala sikap kebodohan boleh menambahkan keceriaan antara kamu semua. Selain itu kamu cuba bersikap advance dalam hidupmu.

____________________                                                                                                       

1-6 - Kamu ini seorang yang mudah berkongsi idea. Tapi lain kali cuba kamu bertolak ansur sedikit dan berikan peluang kepada orang lain bercakap dulu.
2-6 - Kamu suka cabaran. Dan kamu juga suka mambantu temanmu di tika mereka kesusahan. Paling best, kamu ni sentiasa sukakan suasana baru yang ceria.
3-6 - Kamu berbakat besar dan disenangi oleh teman-temanmu. Kamu kuat dan tabah menghadapi segala dugaan. Sikap ini amat dihormati oleh orang lain.
4-6 - Cubalah kawal nafsu kamu itu. Mungkin kamu belum bersedia lagi. Asahkan skill komunikasi dan kamu akan dapati ada yang menghargaimu kelak.
5-6 - Kamu tidak suka pujian dan suka mendiamkan diri. Sikap ini amat disenangi oleh teman-temanmu. Mungkin sikapmu itu menjadi teladan bagi mereka.
6-6 - Kamu adalah seorang yang suka berbual-bual. Bila kamu mendiamkan diri, teman-temanmu yang lain akan bertanya, ‘apa yang terjadi padamu?’ Jangan marah, mereka cuma nak ambil berat tentangmu.
7-6 - Privasi amat penting dalam hidupmu. Tapi luangkan sedikit masa dengan temanmu. Tapi jangan bimbang kerana kamu juga seorang yang bijak menangani keduanya sekali.
8-6 -Kejujuran amat penting dalam hidupmu. Oleh itu kamu dapati walau susah macammanapun, kamu tidak akan sekali-kali bercakap bohong. Bagus tu..teruskan!
9-6 - Kamu bersikap terbuka dan sanggup berkongsi bakat yang ada padamu.Senyuman manis pasti membahagiakan kamu.Kamu seorang yang realistik

______________                                                                                                                   

1-7 - Kamu inginkan perkara yang terjadi berakhir dengan apa yang kamu rancangkan. Untuk itu kamu perlu mengatur segalanya dengan tersusun agar kamu dapat keutusan yang baik.
2-7 - Kadangkala kamu terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak realistik daripada kekasihmu. Payah nanti!Cuba kamu berdua fikir saat-saat manis bersama dahulu.
3-7 - Mahu dirimu dilayan dengan baik? Kalau nak, jangan asyik nak menunjuk-nunjuk. Satu lagi, jangan suka sangat menyinggung perasaan teman-teman dengan kata-katamu.
4-7 - Walaupun kamu tidak suka kejutan tapi dalm hidup ini bukan semua yang dapat kita jangkakan. Kawal perasaanmu dan terima apa saja yang ada.
5-7 - Kamu memang bijak berkomunikasi dengan orang lain. Bila mereka memerlukan bantuanmu, cubalah pasangkan telinga itu untuk mendengar luahan hati temanmu itu.
6-7 - Kamu seorang yang ultra sensitif. Sikap ini perlu diubah sedikit dan jangan terlalu taksub sangat dengan apa yang berlaku. Cuba bawa bertenang dan teruskan hidupmu.
7-7 - Kamu rasa gelisah terutama bila berhadapan ramai orang. Jangan bimbang sangat hal ini kerana semua orang mengalami insiden yang sama.
8-7 - Luangkan lebih banyak masa bersama si dia tersayang. Jangan terlalu mempercayai kata-kata teman yang suka menjaga tepi kain orang.
9-7 - Kamu nak lakukan sesuatu untuk kebaikan tapi tidak tahu di manakah kamu patut bermula. Cuba mulakan dengan teman-temanmu, sekolah atau rumah.

________________                                                                                                               

1-8 - Kamu perlu mengikut gerak hati untuk membuat sebarang keputusan.Namun dalam perhubungan jangan terburu-buru buat keputusan kerana ia juga akan mempengaruhi orang lain.
2-8 - Berkongsi barang dengan teman tidak menjadi masalah bagimu. Tapi katakan ‘tidak’ kepada teman yang suka ambil kesempatan kerana kamu juga manusia biasa.
3-8 - Kamu banyak idea dan gunakan ia sebaik mungkin. Jika tidak, bermakna kamu menipu dirimu sendiri kerana mensia-siakan potensi yang ada padamu itu.
4-8 - Kamu cuba melakukan semua perkara dengan sendiri. Sekali-sekala itu, benarkan teman-temanmu membantu kerana mereka mungkin boleh menyumbang sesuatu yang bernas.
5-8 - Kamu ini berat sebelah sangat. 24 jam asyik fikirkan teman-teman saja dan membiarkan si dia berseorangan. Masa sudah tiba kamu perlu mengubah semua itu.
6-8 - Luahkan perasaanmu bila rasa tertekan. Kamu juga pandai menunjukkan emosimu. Mungkin ada baik buruknya kamu terus begitu. Yang penting kamu sentiasa bahagia.
7-8 - Walaupun cinta sudah mula bersemi, tapi jadualmu ketat. Jika si dia benar-benar jujur, dia sanggup menantimu sampai bila-bila.
8-8 - Jangan perasan sangat nanti kamu yang malu. Utamakan perasaan mu dulu sebelum fikirkan orang lain. Sepanjang kehidupanmu banyak rintangan.
9-8 - Beria-ia kamu merancang tingkah lakumu.Lakukan kajian terperinci dan tanya pelbagai soalan yang dapat membantumu kelak. Ini akan memudahkan kerjamu.

_______________                                                                                                                 

1-9 - Teman-temanmu suka mendengar cerita sejarah hidupmu tapi janganlah asyik menceritakan sesuatu yang sama saja. Sesekali ceritakan hal lain yang menarik.
2-9 - Mengimbangi pelajaran/kerjaya dengan cinta bukan perkara mudah bagimu. Mungkin ia terjejas sedikit tapi jangan panik sangat kerana ia tidak akan berpanjangan.
3-9 - Catatkan semua kulaiti yang ada padamu. Masa untuk kamu bertindak sudah tiba dan catatatn itu mungkin dapat membantumu sepanjang tindakan yang kamu lakukan.
4-9 - Imbangi hidupmu itu. Jangan biarkan tekanan perasaan mempengaruhimu. Bangun dan aturkan jadual hidupmu dengan lebih berkesan. Peluang baru akan menyusuli kemudian.
5-9 - Kamu memang bijak. Walaupun suka berparti, namun pelajaran/kerjaya tidak terjejas langsung. Cuba hulurkan bantuan pada teman sekelas/sepejabat yang
memerlukannya.
6-9 - Kamu jujur bila memberi pandangan pada teman-temanmu. Tapi ingat! Pujian yang terlalu sangat juga tidak baik dan menakutkan orang lain. Berpada-pada bila memberi pujian.
7-9 - Jangan rasa malu nak menunjukkan kebolehanmu walaupun sekali-sekala. Ada baiknya kamu menguatkan lagi keyakinan da membiarkan apa orang lain nak kata tentangmu.
8-9 - Pandai-pandailah kamu simpan rahsia.Kamu tak suka jaga tepi kain orang. Teman-teman amat menyukai sikapmu itu. Tahniah!
9-9 - Membantu teman yang keliru adalah kelebihan dirimu. Tak lama lagi, kamu perlu membuat keputusan yang amat penting! Pastikan kamu tahu implikasi keputusan yang bakal dibuat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"