Friendly Match - PSB FC vs Kelab Pertanian Tuaran

TUARAN, 27 JULAI – PSB FC telah mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan pada minggu ini. Perlawanan persahabatan yang diadakan pada kali ini adalah menentang Kelab Pertanian Tuaran FC (KPT FC) yang telah diadakan di Padang Pertanian, Tuaran. Pada perlawanan kali ini, PSB FC telah mengunakan formasi 4-3-3 iaitu Redzuan sebagai striker manakala Hasirin dan Elvin masing-masing mengisi posisi sayap kanan dan sayap kiri. Di bahagian midfield pula, Rehan bermain sebagai attacking midfielder manakala Andi Azuan dan Jasri sebagai defensive midfielder. Di bahagian pertahanan pula, Jeffry dan Rudy bertindak sebagai center midfield manakala Mohd. Rizuan sebagai left back. Bagi posisi right back pula, Cikgu Anis, iaitu pemain veteran yang juga pengadil bertauliah telah diberikan mandat untuk mengisi posisi tersebut. Sebagai rekod, Cikgu Anis sering menyertai PSB FC di dalam perlawanan persahabatan untuk mengisi masa lapang beliau. Posisi penjaga gol pula diisi oleh Tommy.

Sebaik saja wisel permulaan dibunyikan, KPT FC terus mengasak benteng pertahanan PSB FC dan hampir-hampir berjaya mendapatkan gol yang pertama melalui hantaran lintang yang berjaya mengelirukan penjaga gol PSB FC, Tommy. Namun tandukan daripada striker KPT FC sekadar mengegar palang gol PSB FC. Tersentak dengan percubaan tersebut, PSB FC melancarkan serangan balas dan akhirnya pemain sayap kiri PSB FC, Elvin telah berjaya menjaringkan gol yang pertama bagi PSB FC dan juga gol yang pertama bagi dirinya sepanjang debutnya bersama dengan PSB FC di dalam perlawanan persahabatan. Dengan ketinggalan 1 gol, KPT FC terus menyerang kubu pertahanan PSB FC melalui hantaran jauh namun tidak berjaya melepasi pertahanan tengah PSB FC, Rudy dan Jeffry. Satu lagi gol berjaya dihasilkan oleh PSB FC melalui pemain sayap kanan, Hasirin yang berjaya menewaskan penjaga gol KPT FC. KPT FC pula berjaya mendapatkan peluang keemasan untuk merapatkan kedudukan melalui satu rembatan di dalam kotak penalti namun penjaga gol PSB FC, Tommy berjaya menepis percubaan tersebut dan seterusnya dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pertahanan PSB FC. Pada pertengahan permainan, penyerang PSB FC, Redzuan berjaya menjaringkan gol melalui rembatan kenyang dan beberapa minit kemudian, sekali lagi pemain sayap kanan PSB FC, Hasirin berjaya menjaringkan gol melalui sebelah kanan pintu gol KPT FC yang menjadikan kedudukan 4-0. Pada masa kecederaan separuh masa pertama, penyerang KPT FC berjaya melepasi pertahanan PSB FC dan melakukan rembatan kencang pada jarak dekat yang berjaya ditepis oleh penjaga gol PSB FC namun rembatan tersebut terlalu kencang dan terus mengegar gawang PSB FC. Separuh masa pertama berkesudahan dengan 4-1.

Pada separuh masa yang kedua, PSB FC melakukan 8 pertukaran iaitu Rayzuone mengantikan Tommy sebagai penjaga gol. Mohd. Rizuan pula digantikan oleh Hajelin sebagai left back manakala Cikgu Anis digantikan oleh Fendy, sebagai right back. Sebagai info, Fendy adalah pemain jemputan yang menyertai PSB FC di dalam perlawanan persahabatan kali ini. Di bahagian midfield pula, Jasri digantikan dengan Effendy dan Jasneh masuk untuk mengantikan posisi Andi Azuan. Andi Azuan pula bergandingan dengan Jeffry di bahagian center back. Rehan mengantikan posisi Elvin di bahagian sayap kiri manakala Redzuan kekal sebagai penyerang. Di bahagian sayap kanan pula, seorang lagi pemain jemputan PSB FC, iaitu Rafizan, yang juga merupakan rakan se-universiti kepada Redzuan, diberikan tanggungjawab untuk mengisi posisi tersebut. Sementara itu, Hasirin dikeluarkan dan digantikan dengan seorang lagi pemain jemputan PSB FC iaitu Max@Rajinal yang melakukan debut pertamanya bersama dengan PSB FC. Max mengisi posisi attacking miedfiled mengantikan Rehan yang mengisi posisi sayap kiri.

Separuh masa kedua dimulakan dengan hujan lebat yang mula turun dan dalam masa 10 minit yang pertama permainan, KPT FC berjaya menewaskan penjaga gol gantian PSB FC, Rayzuone sebanyak 2 kali dan menjadikan kedudukan 4-3. Tersentak dengan 2 gol tersebut, PSB FC menggandakan serangan dan akhirnya penyerang PSB FC, Redzuan berjaya menjaringkan 2 gol (yang juga merupakan gol hatrik berturut-turut bagi pemain ini setelah menjaringkan 4 gol pada perlawanan persahabatan minggu lalu) pada pertengahan permainan yang menjadikan kedudukan 6-3. Pada minit-minit akhir permainan, Redzuan sekali lagi berjaya menewaskan penjaga gol KPT FC. Bola tersebut cuba diselamatkan oleh pemain pertahanan KPT FC namun bola tersebut telah pun melepasi garisan gol. Keputusan akhir perlawanan adalah 7-3. Man Of The Match pada perlawanan ini seharusnya diberikan kepada penyerang berbisa PSB FC, Redzuan yang telah berjaya menjaringkan 4 gol. Harus diingat, pada perlawanan sebelum ini (menentang Veteren Tuaran), pemain ini turut berjaya menghasilkan 4 gol. Kemampuan serta konsistensi pemain ini sebagai penyerang tidak dapat disangkal lagi kerana pemain ini telah pun membuktikannya di atas padang.

Jasri - Midfield


Hasirin - Winger.


Rayzuone - Goalkeeper.


Rehan - Attacking Midfield/Winger/Second Striker


Andi Azuan - Center Back/Defensive Midfield.


Effendy - Midfield.


Semangat berpasukan PSB FC.


Para pemain PSB FC.


Penjaga Gol - Tommy Mathew


Gambar-gambar perlawanan ini boleh dilihat di dalam Group Facebook Kampung Bungalio melalui link berikut : Friendly Match - PSB FC vs Kelab Pertanian Tuaran Album. by : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"