Nikon D90 vs Canon EOS 550D - Amatuer Personal Review


Hello hello....baru-baru ni, adik perempuan saya beli Canon EOS 550D dengan lens EFS 18-55mm. Pastu, saya cuba untuk menggunakan DSLR tu and selepas mencuba, saya mendapati ada beberapa perbezaan diantara Canon EOS 550D tu dengan Nikon D90 saya. Ini adalah personal review saya daripada kedua-dua model DSLR tu (personal review daripada amatuer photographer..huhuhu)....Dari segi kualiti pic, kualiti pic 550D lebih baik sebab pixel yg lebih tinggi (18mp) berbanding D90 (12mp) dan juga mungkin disebabkan oleh 550D yang mempunyai sensor yang lebih besar. Walaupun begitu, bagi saya, kualiti pic D90 pun sudah cukup baik (and mungkin terbaik bagi amatuer macam saya)...so, bagi saya, pixel tidak 100% mempengaruhi kualiti gambar. Kualiti gambar bergantung kepada lens dan juga skill seseorang itu mengambil gambar. Kalau xpandai ambil gambar, pixel tinggi pun xda maknanya juga...huhu...pastu, dari segi ISO pula, jika dibandingkan noise yang terbentuk pada ISO 3200, noise pada D90 lebih lembut dan kurang daripada noise yang terbentuk daripada 550D...so, kualiti pic pada ISO yang lebih tinggi lebih baik pada D90...itu adalah pengalaman yang saya dapat daripada kedua-dua model ini. Pastu, bagi saya, function pada 550D kompleks. Susah mau setting dan paparan pada screen pun agak membingungkan. Terutamanya kalau kita menggunakan Mode Manual, sangat susah untuk setting aperture, shutterspeed dan flash mode. Tidak seperti D90, semua setting tu just perlu tekan button yang simple dan dibantu oleh dual dial mode. Mudah untuk setting ISO, aperture dan shutterspeed. Pastu, D90 juga ada 11 focus point berbanding dengan 9 focus point pada 550D dan sangat mudah untuk setting focus point pada D90...kalau 550D, kena tekan button lg untuk setting focus point...xmacam D90, kita boleh set di mana kita mau focus just dengan mengawal button (1 touch saja). Lagipun, D90 ada dual screen and itu sangat memudahkan pengguna. Walaupun screen 550D lebih wide daripada D90 and lebih bnyk warna daripada D90, tapi D90 ada dual screen. Itu yang lebih baik sebab ia memudahkan pengguna. In fact, 550D lebih ringan dan lebih kecil saiznya berbanding dengan D90. D90 lebih berat (apatah lagi bila + speedlight + baterry grip) tapi body D90 lebih sedap and selesa dipegang. Keseleasaan memegang kamera amat penting untuk mendapatkan gambar yang baik. Pastu, battery D90 lebih tahan lama daripada battery 550D. Means, D90 boleh shoot lebih banyak pic daripada 550D. Paling penting, D90 ada build in motor, yang bermaksud, D90 boleh menggunakan autofocus walaupun menggunakan lens yang tidak mempunyai build in motor (lens murah). 550D tidak mempunyai build in motor dan 550D perlu menggunakan lens yang mempunyai build in motor untuk membolehkan autofocus berfungsi. Maksudnya, kalau lens tu xda build in motor, pengguna 550D terpaksa la focus secara manual which is agak susah and perlu diambil kira bahawa lens yang ada build in motor jauh lebih mahal berbanding dengan lens yang without build in motor. So, ia adalah satu kelebihan bagi D90 dari segi penggunaan lens. Pastu, D90 mempunyai build in AF assist illuminator yang membantu lens fokus pada keadaan yang gelap. 550 pula tidak mempunyai build in AF assist illuminator tetapi pencahayaan untuk membantu lens fokus pada keadaan yang gelap adalah daripada flash yang memancarkan flash secara berterusan kepada subjek. Bagi saya, pemancaran secara terus boleh mengganggu subjek terutamanya apabila mahu mengambil gambar orang dalam keadaan pencahayaan yang kurang (boleh menyakitkan mata). So, secara kesimpulannya, saya lebih suka menggunakan D90 daripada 550D. Walaupun 550D mempunyai rakaman video full HD, tetapi, itu xpayah cakaplah sebab DSLR lebih kepada shoot pic dan bukannya shoot video. Kalau mau shoot video, better beli handycam sajalah. So, setakat itu sahaja personal review saya kepada kedua-dua model DSLR ini. Kepada orang-orang yang hendak membeli DSLR, saya mencadangkan bahawa belilah Nikon D90 ataupun Nikon D7000. (sebab target saya seterusnya ialah mau tukar D90 saya menjadi D7000...tunggu sampai saya kaya la dulu..hahahaha)..Xrugi beli D90...memang puas hati. Bagi saya, kepada orang yang meminati photography, D90 ataupun D7000 sudah memadai. model-model yang advance daripada dua model ini hanyalah untuk orang-orang yang menjalankan perniagaan dan perkhidmatan photograpy which is memerlukan gear serta gadjet yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk perniagaan dan perkhidmatan mereka. Bagi mereka yang just menjadikan photography sebagai hobi dan minat, D90 and D7000 sudah sangat-sangat memadai untuk mereka. Ini just pengalaman saya meggunakan D90. Sorry kalau saya ada tersalah info sebab saya menulis review ini atas pengalaman saya menggunakan kedua-dua model DSLR itu dan bukannya dirujuk daripada mana-mana sumber. So, thatz all for this time. ^^v

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"