Hello semua, salam 1Malaysia. Baru-baru ni, saya telah dilantik sebagai Exco Publisiti dan Informasi bagi Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR), Universiti Pendidikan Sultan Idris. Walaupun saya tidak menghadiri mesyuarat agung bagi persatuan ini, namun saya tetap dilantik sebagai exco PDI dan ini sangat menghairankan saya sebenarnya. Selain saya, seorang lagi rakan saya telah dilantik sebagai exco PDI. Secara umumnya, tugas PDI tidaklah begitu susah jika dibandingkan dengan exco-exco lain yang ada di dalam persatuan ini. Namun, pada hakikatnya, tugas PDI adalah tugas yang susah kerana secara keseluruhannya, tugas kami adalah merangkumi tugas-tugas yang berkaitan dengan penciptaan logo, banner, baju, montaj serta menjadi jurugambar bagi setiap program yang dijalankan oleh persatuan. Pendek kata, setiap program yang dijalankan oleh persatuan memerlukan penglibatan penuh daripada exco PDI. Saya berasa gembira memegang jawatan ini kerana saya memang suka dengan aktiviti menangkap gambar serta mengedit dengan mengunakan Adobe Photoshop. Aktiviti-aktiviti serta tugasan-tugasan yang diberikan kepada saya di dalam persatuan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kemahiran saya di dalam bidang fotografi serta photo editing. Logo bagi persatuan ini juga telah dicipta oleh saya sendiri dengan menggunakan Adobe Photoshop (logo tersebut adalah seperti gambar diatas). Akhir kata, di dalam bidang fotografi, cara yang terbaik untuk meningkatkan kemahiran serta teknik menangkap gambar adalah melalui pengalaman serta aktiviti menangkap gambar yang berterusan di dalam pelbagai situasi serta keadaan....^^v

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"