Kekreatifan Remaja...!!!


Huhuhu... Good night to all.... Sy baru ja siap buat assignment ni. Em, bukan la siap sepenuhnya, just sikit ja sebenarnya... hahaha, "kemalasan melebihi kerajinan"... thatz why sy buat sikit ja.. Em, sy xda apa yg mo di perkatakan pada kali ini... Just sy nak ckp, td sy ada buka blog seseorang (perempuan). Pemilik blog tersebut sebenar kawan sy (kalaulah dia anggap sy sebagai kawan dia tu) Huhuhu, blog dia cantik...warna purple!! Terus terang sy ckp, mmg cantik..!!
Sedap mata memandang bila buka blog dia... Siap dengan icon2 and gadjet2 serta playlist menjadikan blog dia mmg sangat menarik dan best... Huhu, sy pun x pandai mo adjust layout utk blog sy ni. Cukup la sekadar bleh baca and tengok2 gambar di dalam blog sy ni. Honestly, sy jelez juga sikit ni dgn blog dia... Hahaha, xpa, nnti sy blajar utk adjust layout blog sy... Masa tu, sy akan pastikan blog sy cantik dan setanding dengan blog perempuan tu)..(mungkin lebih cantik and happening lg)..huhu..
Hahaha, so, overall, berkenaan dengan perkara ini, sy berpendapat bahawa remaja pada masa kini semakin kreatif dalam segala bidang dan perkara yang mereka ceburi. Walaupun pada hakikatnya, golongan perempuan lebih kreatif daripada lelaki (terutamanya dalam hal2 hias menghias), tetapi ada juga lelaki yang mempunyai kemahiran yang sama seperti golongan perempuan..(malangnya sy hanya ada separuh drpada kebolehan tersebut, hahaha)...
Namun demikian, kekreatifan para remaja pada masa kini telah digunakan oleh para remaja itu sendiri dalam pelbagai perkara yang tidak berfaedah. Contohnya, perbuatan vandelisme (menconteng dinding2 dengan lukisan grafiti), lumba haram (menunjukkan kekreatifan dgn memecut dan mencelah di antara kereta) dan sebagainya. Ini adalah disebabkan oleh pengaruh daripada keadaan persekitaran serta kurangnya penjagaan daripada ibu bapa para remaja itu sendiri. Kalaulah kekreatifan para remaja tersebut digunakan ataupun dicurahkan di tempat yang betul, kan bagus... Oleh itu, siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini (keruntuhan moral dalam kalangan remaja pada masa kini)???

Update.....

Hello to everyone....Em, dah lama rasanya sy x update blog sy ni....dan dah lama sy x upload gambar2 baru di dalam ni. Skrg ni adalah minggu yang kedua dalam sesi pembelajaran di UPSI. Pada masa inilah segala assignment untuk semester ini diberikan oleh lecture kepada para pelajar (termasuk sy), samada assignment individu ataupun assignment berkumpulan. Tapi setakat ini, sebahagian besar assignment yang diberikan oleh para lecture adalah assignment berkumpulan. Assignment tu semua x lah susah sangat. Sebahagian besar daripada assignment tersebut adalah dalam bentuk penulisan esei 15-20 helai dan beberapa kajian yang perlu dilakukan termasuklah laporan hasil kajian itu. Overall, sy rasa semua assignment itu ok dan boleh disiapkan dalam masa yang terdekat..(itupun kalau sy rajin nak buat)...hahahaha...

Setakat ni, kehidupan untuk semester tiga ni, sama seperti semester2 yang sebelumnya. Masalah utama ialah duit. Tambahan lagi, pada semester ini sy bercadang nak beli motorsikal di sini. Rasanay, kalau xda masalah, hujung bulan julai ni sy akan beli. Overall,masalah kewangan ini rasanya boleh di settlekan...huhu..
lagi satu, pada semester ini juga, sy bercadang nak melibatkan diri dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan. X kiralah aktiviti kolej, aktiviti universiti, aktiviti luar mahupun aktiviti kerohanian. Tapi rasanya sy akan melibatkan diri kepada aktiviti yg lebih menjurus kepada bidang fotografi.

Em, ok, itu sahaja untuk kali ini. Dalam masa yang terdekat ini sy akan upload gambar2 ke dalam blog ni. Sy akan cuba mencari masa free sy untuk keluar berjalan-jalan dan shoot gambar2 di sekitar Tanjung Malim ini. Ok, itu sahaja untuk kali ini. Sesiapa yang buka/baca blog ini, bleh lah add sy dalam facebook. Just taip TOMMY MATHEW dalam ruang search dan add sy. Nanti sy approve...tq.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"