Persatuan Sukan Bungalio Football Club (PSB FC)

Persatuan Sukan Bungalio Football Club (PSB FC) adalah sebuah pasukan bola sepak yang telah lama wujud di Kampung Bungalio (kampung saya). Namun, baru tahun ini PSB FC menjadi sangat2 aktif dalam arena bola sepak di kawasan Kiulu, Tamparuli, Tuaran dan juga Kota Kinabalu. Sinonim dengan jersi berwarna merah dan oren, PSB FC juga merupakan salah sebuah pasukan bola sepak yang digeruni serta ditakuti oleh pasukan-pasukan bola sepak lain yang ada di kawasan Kiulu, Tamparuli, Tuaran dan juga Kota Kinabalu kerana tidak dapat dinafikan bahawa PSB FC merupakan sebuah pasukan yang kuat. Pemain-pemain PSB FC adalah terdiri daripada gabungan pemain muda dan juga pemain veteran Kampung Bungalio. Pasukan PSB FC juga menjadi sebuah pasukan yang kuat hasil daripada pemain yang berasal dari Kampung Bungalio itu sendiri. Hal ini bermaksud, PSB FC tidak pernah mengambil mana-mana pemain import (pemain selain daripada penduduk Kampung Bungalio).

PSB FC telah banyak mencipta kemenangan serta mencatat nama di dalam pertandingan-pertandingan jemputan ataupun pertandingan-pertandingan yang diadakan di kawasan Kiulu, Tamparuli, Tuaran dan juga Kota Kinabalu. Sebagai rekod, PSB FC pernah memenangi Liga Tompinahaton, Liga Perdana Kiulu (tanpa kalah), Sukan Komuniti dan beberapa pertandingan-pertandingan lain. Selain itu, PSB FC juga sering membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan luar seperti Pusakag FC (team All Star Kiulu), Penta FC, Pertanian FC, RRB FC, Malanggang FC, Veteren Tuaran FC dan sebagainya. Padang-padang yang sering dikunjungi oleh PSB FC ialah Padang Pertanian Tuaran dan Padang Malanggang Kiulu. PSB FC juga pernah beberapa kali bermain di Padang Sukma Kota Kinabalu, Padang Penjara Kepayan, Padang A Yayasan Sabah, Padang Maktab Kent Tuaran dan banyak lagi. Pasukan PSB FC biasanya membuat latihan pada setiap petang di Padang Kampung Bungalio bermula pada pukul 4.30 sehingga pukul 6.30 bergantung kepada keadaan cuaca.

Pasukan PSB FC pada asasnya di tunjangi oleh tiga orang adik-beradik yang sangat berbakat dan berkebolehan di dalam sukan bola sepak iaitu Jeffry Amat (CF/SS/AM/CM/CB), Jasneh Amat (AM/CM) dan juga Jasry Amat (Winger). Walaupun ketiga-tiga pemain ini sudah memasuki usia 40-an, namun permainan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga pemain ini masih tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemain di dalam pasukan ini terutamanya Jeffry Amat yang boleh bermain pada semua posisi dan juga Jasneh Amat yang mempunyai tendangan percuma yang sangat berbahaya. Selain itu, pasukan PSB FC juga diperkuatkan dengan kehadiran 5 orang adik-beradik iaitu Rehan Ratimin (CF/SS/AM), Redzuan Ratimin (CF/AM), Rusdy Ratimin (AM/CM), Rudy Ratimin (CB) dan Razian Ratimin (LB/RB). Kelima-lima orang adik-beradik ini sangat berbakat dan merupakan kunci utama kejayaan pasukan PSB FC dalam beberapa tahun kebelakangan ini. PSB FC juga diperkuatkan dengan dua orang penjaga gol iaitu Rayzuone Ramli dan Tommy Mathew yang mana tahap permainan kedua-dua penjaga gol ini masih lagi pada peringkat sederhana dan tidak konsisten. Namun masih banyak ruang untuk kedua-dua penjaga gol ini untuk memperbaiki tahap permainan serta tahap konsistensi dalam permainan. Namun, tidak dinafikan bahawa kedua-dua penjaga gol ini telah banyak menyumbang kepada kejayaan PSB FC. Selain itu, pemain-pemain PSB FC termasuklah Andi Azuan (CB/DM), Mohd. Rizuan (LB), Hasren (CB/LMF), Dandy (CB/DM), Effendy (CM/DM), Asin Johari (CB) dan ramai lagi.        

PSB FC juga dibarisi oleh beberapa pemain muda yang dijangka akan menjadi pelapis kepada PSB FC pada masa akan datang. Pemain-pemain muda berbakat seperti Mohammad Zaki@Jako (CF/RB/LB), Asfaridzul@Ejul (CF), Eric (CB/RB/LB), Clarence Victor@Pitong (RB/LB) dan Mohamad Hamzi (GK) semakin meningkat naik pada masa kini dari segi tahap permainan serta tahap keyakinan semasa bermain. Mereka-mereka inilah yang pastinya akan membarisi skuad PSB FC pada masa akan datang. Bagi saya, walaupun saya mempunyai banyak komitmen dengan team yang lain (Baksis FC (UPSI), Cutes FC (UPSI), Sonnet FC (UPSI) dan pernah juga bermain untuk Golden Horse FC (Kiulu) dan SMKTFS FC (Kiulu), namun keutamaan saya tetap kepada pasukan PSB FC kerana PSB FC merupakan pasukan bagi kampung saya sendiri dan yang paling penting, saya gembira dan puas bila bermain dengan pasukan PSB FC. Di bawah terdapat beberapa gambar-gambar pasukan PSB FC.


Aksi Penjaga Gol PSB FC, Tommy Mathew dalam perlawanan persahabatan antara PSB FC dengan Nexus Karambunai FC.

 Penjaga Gol PSB FC, Tommy Mathew.

Striker dan Midfield PSB FC, Redzuan Ratimin.

Aksi PSB FC menentang Nexus Karambunai FC dalam perlawanan persahabatan di Padang A Yayasan Sabah, Kota Kinabalu.

Kesungguhan para pemain PSB FC semasa dalam permainan.

Pasukan PSB FC menentang Utusan Borneo FC dalam aksi persahabatan di Padang Sukma, Kota Kinabalu.

Jasneh Amat, pakar tendangan percuma PSB FC.

Jeffry Amat, pemain yang boleh bermain di semua posisi.

Barisan pemain pasukan PSB FC dalam aksi persahabatan menentang pasukan Penjara FC di Padang Penjara Kepayan, Kota Kinabalu.

Barisan pemain pasukan PSB FC dalam aksi persahabatan menentang Pusakag FC (Allstar Kiulu) di Padang Malanggang, Kiulu.
Logo bagi Pasukan PSB FC.

Jika ada mana-mana pasukan bola sepak di kawasan Kiulu, Tamparuli, Tuaran atau Kota Kinabalu yang berminat untuk membuat perlawanan persahabatan dengan Pasukan PSB FC, anda bolehlah memaklumkan tarikh, tempat dan masa kepada mana-mana pemain PSB FC. Maklumat tambahan boleh di dapati di dalam Group Facebook Kampung Bungalioby : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com.

2 comments:

  1. Fready said...

    this is undeniably and indeed a very interesting topic. i never know got such magnificent team at Bungalio. although i do not play football, i "sokong" PSB FC with all my heart. i wish the team, all the best. may more success will come and more new member will join the team (excluding me =))... majulah sukan utk Bungalio!!!

  2. Tommy Mathew said...

    Hahahaha....thanks.....^^v

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"