Friendly Match - PSB FC vs Veteran Tuaran FC

TUARAN, 5 OGOS – Sehari selepas PSB FC tewas 4-2 kepada pasukan Gayaratau FC di Padang Pertanian di dalam aksi persahabatan, PSB FC sekali lagi beraksi di Padang Pertanian dengan menentang pasukan yang sering menjadi pasukan lawan bagi PSB FC di dalam aksi persahabatan iaitu pasukan Veteran Tuaran FC. Di dalam perlawanan tersebut, PSB FC berjaya mendahului 4-1 pada suatu ketika namun disebabkan oleh beberapa kesilapan daripada barisan pertahanan, pasukan Veteran Tuaran telah berjaya menyamakan kedudukan melalui 3 gol yang dijaringkan pada lewat permainan. Sekali lagi, faktor perbezaan tenaga menjadi penyebab utama kepada keputusan perlawanan persahabatan pada kali ini.

Pada perlawanan kali ini, PSB FC menurunkan Rayzuone (GK), Jeffry (CB), Emon (pemain jemputan) (CB), Dandy (RB), Mohd. Rizuan (LB), Andi (DMF), Effendy (CMF), Jasneh (AMF), Hasrin (RWF), Jasri (LWF) dan Rehan (CF). PSB FC Berjaya membuka jaringan seawal minit ke-5 menerusi Rehan yang berjaya menewaskan penjaga gol pasukan Veteran Tuaran FC. PSB FC terus garang mengasak kubu pertahanan pasukan Veteran Tuaran FC setelah memperolehi gol pembukaan tersebut namun ketangkasan serta kekebalan benteng pertahan pasukan Veteran Tuaran FC menafikan setiap percubaan daripada PSB FC. Namun begitu, pasukan PSB FC akhirnya dihukum setelah striker pasukan Veteran Tuaran FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit yang ke-15. Gol tersebut berpunca daripada kesilapan mudah yang telah dilakukan oleh penjaga gol PSB FC, Rayzuone yang melepaskan bola akibat tangkapan yang tidak kemas dan striker pasukan lawan dengan mudah menolak masuk bola ke gawang PSB FC. Tersentak dengan gol itu, moral pasukan PSB FC dilihat telah jatuh sedikit namun keyakinan para pemain PSB FC mula pulih semula selepas penyerang sensasi PSB FC, Rehan berjaya menanduk masuk hantaran lintang daripada Hasrin dan menjadikan kedudukan 2-1. Pada lewat babak pertama, sekali lagi Rehan berjaya menjaringkan gol yang ketiga bagi dirinya di dalam perlawanan ini. Kedudukan selepas tamat separuh masa yang pertama ialah 3-1.

Pada babak kedua permainan, PSB FC telah melakukan beberapa pertukaran pemain. Tommy masuk mengantikan Rayzuone (GK), Masnin pula masuk mengantikan Jeffry (CB), Emon (CB) dikekalkan manakala Jonius (pemain jemputan) masuk mengantikan Dandy (RB). Mohd. Rizuan pula dikeluarkan dan digantikan oleh Charles (LB). Dibahagian tengah pula, Andi (DMF) dikekal manakala Jasneh dan Effendy digantikan dengan Redzuan (AMF) dan Jasnin (CMF). Di bahagian atas, Rehan dibawa keluar dan digantikan dengan Rajinal@Max (pemain jemputan) (CF), sementara Jasri dan Hasrin digantikan dengan Hajelin (LWF) dan Elvin (RWF). Sebaik saja wisel dibunyikan, pasukan Veteran Tuaran FC berjaya mendapat peluang melalui sepakan voley daripada pemain tengah pasukan mereka namun penjaga gol gantian PSB FC, Tommy berjaya melayangkan badan untuk menyelamatkan percubaan tersebut di sudut sebelah kiri pintu gol PSB FC. Bola tersebut bagaimanapun berjaya dikawal oleh striker pasukan Veteran Tuaran FC namun sekali lagi Tommy pantas bangkit untuk melakukan sliding dan berjaya menangkap kemas bola tersebut.

Walaubagaimanapun, pasukan Veteran Tuaran FC berjaya mendapatkan gol kedua melalui tandukan tinggi ke arah sudut kanan pintu gol yang tidak mampu dicapai oleh penjaga gol PSB FC yang tinggi lampai itu. Selang beberapa minit kemudian, PSB FC berjaya menjarakkan kedudukan melalui jaringan yang dihasilkan oleh pemain gantian PSB FC, Jasnin yang berjaya  menewaskan penjaga gol pasukan lawan melalui sepakan leret di sebelah kiri pintu gol pasukan lawan dan menjadikan kedudukan 4-2 pada ketika itu. Namun, pada minit akhir perlawanan, pasukan Veteran Tuaran FC berjaya menjaringkan 2 gol hasil daripada kesilapan pertahanan kiri PSB FC, Charles yang tidak dapat mengawal bola dengan kemas dan sering melepaskan bola mudah kepada pasukan lawan. Keputusan akhir perlawanan ialah seri 4-4. Di dalam perlawanan tersebut juga, penjaga gol gantian PSB FC, Tommy dijangka tidak dapat bermain selama 5-7 hari berikutan kecederaan di bahagian pinggang setelah diterjah oleh striker pasukan Veteran Tuaran FC di dalam perlawanan tersebut. Oleh itu, diharapkan penjaga gol muda PSB FC, Mohd. Hamzi dapat turun beraksi pada perlawanan persahabatan yang akan datang. by : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com.


Antara aksi-aksi di dalam di dalam perlawanan tersebut.


Pemain pasukan Veteran Tuaran FC terbaring di atas padang setelah diasak oleh pertahanan PSB FC.


Penjaga Gol PSB FC, Rayzuone menangkap bola.


Aksi penyerang PSB FC, Rehan menjaringkan gol melalui tandukan.


Aksi penjaga gol PSB FC, Tommy menyelamatkan sepakan voley pemain pasukan Veteran Tuaran FC.


Gambar-gambar perlawanan boleh dilihat di dalam group facebook Kampung Bungalio melalui link berikut : Veteran Tuaran FC vs PSB FC Album.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"