Friendly Match - PSB FC vs Veteran Tuaran FC


TUARAN, 17 OGOS – Pada petang hari ini, PSB FC telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Veteran Tuaran FC di Padang Pertanian Tuaran. Perlawanan yang menyaksikan PSB FC berjaya menewaskan pasukan ini dengan keputusan 5-1 berlangsung dengan baik namun terjadi sedikit kekecohan pada akhir separuh masa yang pertama namun keadaan berjaya dikawal oleh pengadil perlawanan.

Di dalam perlawanan ini, PSB FC dibarisi oleh Tommy (GK), Rudy (CB), Dandy (CB), Jonius (RB), Jeffry (LB), Francis (DMF), Jasri (CMF), Jasneh (AMF), Hasrin (LWF), Hajelin (RWF) dan Redzuan selaku (CF). Pada separuh masa yang pertama, kedua-dua pasukan dilihat banyak mengawal bola di bahagian tengah namun PSB FC terlebih dahulu memecahkan kebuntuan melalui jaringan yang dilakukan oeh penyerang berbisa PSB FC, Redzuan. Di dalam perlawanan kali ini, pasukan Veteran Tuaran FC dilihat sukar untuk menembusi benteng pertahanan PSB FC yang ditunjangi oleh Dandy dan juga Rudy yang bertindak cemerlang di posisi pertahanan tengah. Penjaga gol PSB FC pula, iaitu Tommy hanya beberapa kali di uji namun tidak cukup untuk menewaskannya. Redzuan berjaya menambah 2 lagi gol sebelum tamat separuh masa yang pertama dan menyaksikan pemain ini berjaya mendapat hatrik di dalam perlawanan ini. Keputusan pada separuh masa yang pertama ialah 3-0.

Pada separuh masa yang kedua, beberapa pertukaran pemain telah dilakukan di dalam pasukan PSB FC iaitu Tommy digantikan dengan Rayzuone (GK), Rudy digantikan dengan Andy (CB), Dandy (CB) dikeluarkan dan digantikan dengan Emon@pemain jemputan PSB FC, Mohd. Rizuan masuk mengantikan Jonius di bahagian (RB), Masnin (RB) pula masuk mengantikan Jeffry. Sementara itu, Francis@pemain baru PSB FC dikekalkan di bahagian (DMF) manakala Nazree masuk untuk mengantikan Jasri di posisi (CMF). Rehan pula masuk untuk mengantikan Jasneh di posisi (AMF). Sementara itu, Hajelin dikeluarkan dan digantikan dengan Elvin di bahagian (RWF). Redzuan kekal sebagai (CF) manakala Hasren juga kekal di bahagian (LWF).

Separuh masa yang kedua menyaksikan pasukan Veteran Tuaran FC mula melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah kubu pertahanan PSB FC dan hasilnya mereka berjaya mendapatkan gol yang pertama melalui rembatan kencang yang tidak dapat diselamatkan oleh penjaga gol PSB FC, Rayzuone. Selepas berjaya menjaringkan gol tersebut, pasukan Veteran Tuaran FC mula menunjukkan peningkatan dan memaksa barisan pertahanan PSB FC yang ditunjangi oleh Andi dan Emon bekerja keras untuk menafikan setiap serangan yang dilakukan oleh para pemain Veteran Tuaran FC. Namun demikian, PSB FC berjaya menjarakkan kedudukan kepada 4-1 melalui rembatan kencang pemain sayap kiri, iaitu Hasrin. Seterusnya, pada minit-minit terakhir permainan, Rehan telah berjaya menjaringkan satu lagi gol dan menjadikan kedudukan akhir bagi perlawanan tersebut 5-1. by : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com

PSB FC

Friendly Match - PSB FC vs Kamara FC


TUARAN, 12 OGOS – Selepas menewaskan pasukan Selupuh FC 9-1 pada hari sebelumnya, sekali lagi PSB FC berjaya mencatatkan kemenangan besar ke atas pasukan Kamara FC. Perlawanan yang berlangsung di padang Kampung Selupuh Tuaran itu menyaksikan PSB FC menewaskan pasukan yang berasal dari Tenghilan itu dengan keputusan 8-0. Pada perlawanan kali ini, PSB FC diperkuatkan dengan kehadiran Rusdy dan juga Francis (pemain baru PSB FC) yang mengemudi bahagian tengah pasukan PSB FC. Kemenangan itu juga menyaksikan PSB FC melakarkan rekod baru pasukan tersebut dengan mencatatkan 17 gol dalam 2 perlawanan; satu jumlah jaringan yang agak besar. Penyerang sensasi PSB FC, Rehan juga telah berjaya melakarkan satu rekod baru di dalam pasukan dengan menjaringkan 8 gol di dalam 2 perlawanan sekaligus memadamkan rekod 7 gol dalam 2 perlawanan yang dicatatkan oleh Redzuan sebelum ini.

Di dalam perlawanan ini, PSB FC dibarisi oleh Tommy (GK), Jeffry (CB), Dandy (CB), Mohd. Rizuan (RB), Effendy (LB), Francis (DMF), Rusdy (CMF), Jasneh (AMF), Hajelin (LWF), Jasri (RWF) dan Rehan selaku (CF). Pada separuh masa yang pertama, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun kekebalan bahagian pertahanan kedua-dua pasukan menyebabkan kedua-dua pasukan sukar untuk menjaringkan gol. Akhirnya pada minit yang ke-12, pemain sayap PSB FC, Jasri, berjaya memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol yang pertama selepas mudah menolak masuk hantaran lintang yang gagal di tangkap oleh penjaga gol Kamara FC. Selang beberapa minit kemudian, Rehan berjaya menjaringkan gol yang kedua melalui rembatan kencang dari kawasan kotak penalti.  Kamara FC cuba untuk bangkit dengan melancarkan serangan bertubi-tubi namun kekebalan barisan pertahanan dan kecekapan penjaga gol PSB FC menafikan setiap serangan yang dilakukan oleh pasukan yang berjersi coklat itu. Sebelum berakhirnya separuh masa yang pertama, Rehan berjaya menjaringkan 2 gol lagi yang menyaksikan PSB FC mendahului 4-0 pada separuh masa yang pertama.

Pada separuh masa yang kedua, beberapa pertukaran pemain telah dilakukan di dalam pasukan PSB FC iaitu Tommy (GK) dikekalkan, Jeffry (CB) juga dikekalkan sementara Dandy dikeluarkan dan digantikan dengan Jonius. Mohd. Rizuan juga dikeluarkan dan digantikan dengan Jasnin (LB) dan Masnin (RB) masuk mengantikan Effendy. Seterusnya, Andi mengantikan Jasneh di bahagian (CMF) manakala Francis kekal di posisi (DMF) dan Rusdy mengisi posisi (AMF). Sementara itu, Jasri dikeluarkan dan digantikan dengan Nazree di bahagian (RWF). Rehan kekal sebagai (CF) manakala Hajelin dikeluarkan dan digantikan dengan Cikgu Anis@pemain jemputan PSB FC di bahagian (RWF).

Separuh masa yang kedua menyaksikan Kamara FC bermula dengan garang apabila beberapa kali menguji penjaga gol PSB FC, Tommy namun masih gagal untuk menewaskan penjaga gol yang tinggi lampai itu. Pada separuh masa yang pertama juga menyaksikan 4 gol telah berjaya dihasilkan oleh PSB FC dengan Rehan berjaya menjaringkan 1 lagi gol dan menjadikan jumlah jaringan yang dihasilkan oleh penyerang sensasi itu 4 gol. Pemain baru PSB FC, Francis juga turut berjaya menjaringkan 1 gol melalui sepakan lambung yang berjaya menewaskan penjaga gol gantian Kamara FC. Rusdy juga berjaya menjaringkan gol di dalam perlawanan pertama baginya bersama PSB FC setelah sekian lama tidak turun bermain dengan pasukan itu. Pemain sayap gantian PSB FC, Nazree turut mencatat nama di dalam senarai penjaring setelah berjaya menjaringkan gol yang pertama bagi dirinya di dalam aksi persahabatan melalui satu tandukan menarik dari sebelah kanan pintu gol Kamara FC. Keputusan akhir bagi perlawanan tersebut adalah 8-0. Sementara itu, penjaga gol PSB FC, Tommy yang baru sembuh daripada kecederaan belakang, sekali lagi cedera di bahagian pergelangan tangan kiri yang dipercayai terseliuh dan tidak akan dapat bermain selama 3-5 hari. Diharapkan penjaga gol PSB FC, Rayzuone dapat turun bermain di dalam perlawanan akan datang. by : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com.


Percubaan oleh pemain PSB FC, Jasneh.

Aksi perebutan bola di udara.

Pemain baru PSB FC, Francis Stephen.

Aksi pemain PSB FC (jersi merah).

Penjaga Gol PSB FC, Tommy menyelamatkan percubaan lawan.

Gambar-gambar perlawanan boleh dilihat di dalam Group Facebook Kampung Bungalio melalui link berikut : Friendly Match - PSB FC vs Kamara FC Album.

Friendly Match - PSB FC vs Selupuh FC

TUARAN, 11 OGOS – PSB FC sekali lagi bertandang ke Padang Kampung Selupuh dalam satu aksi persahabatan pada petang hari ini. Pada perlawanan kali ini, PSB FC bertemu dengan pasukan daripada Kampung Selupuh itu sendiri iaitu Selupuh FC. Dalam perlawanan kali ini, PSB FC telah menurunkan pemain-pemain utama di dalam pasukan tersebut kerana pada aksi kali ini, para pemain PSB FC telah bertekad untuk memenangi perlawanan ini kerana 2 perlawanan yang telah diharungi oleh PSB FC sebelum ini agak mengecewakan setelah kalah 4-2 kepada Gayaratau FC dan seri 4-4 dengan pasukan Veteran Tuaran FC. Disebabkan oleh semangat juang yang tinggi, PSB FC berjaya membenam pasukan Selupuh FC 9-1 di gelanggang pasukan tuan rumah itu sendiri. Ini adalah satu rekod baru jumlah jaringan yang dicatatkan oleh PSB FC dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana sebelum ini, keputusan terbaik yang pernah dilakarkan oleh PSB FC adalah sebanyak 7 jaringan sahaja.

Barisan kesebelasan utama PSB FC pada perlawanan kali ini adalah Tommy (GK), Jeffry (CB), Dandy (CB), Andi (RB), Mohd. Rizuan (LB), Francis (pemain baru PSB FC) (DMF), Jasneh (CMF), Redzuan (AMF), Hajelin (RWF), Jasri (LWF) dan Rehan selaku (CF). Pada babak pertama, Rehan berjaya menjaringkan 3 gol hasil daripada gerakan individu dan juga tandukan kencang yang telah berjaya menewaskan penjaga gol Selupuh FC. Namun, pasukan Selupuh FC berjaya mendapatkan satu gol melalui striker pasukan tersebut yang berjaya memperdayakan penjaga gol PSB FC, Tommy melalui satu sepakan lambung. Gol keempat dijaringkan oleh pemain tengah PSB FC iaitu Jasneh yang bijak mengawal bola dari kawasan luar kotak penalti lalu menewaskan penjaga gol menerusi sepakan leret ke arah sebelah kanan pintu gol Selupuh FC. Sebelum berakhirnya babak pertama, PSB FC berjaya mendapatkan gol yang kelima hasil daripada jaringan sendiri pemain pertahanan Selupuh FC yang tertampan bola ke gawang sendiri. Keputusan pada separuh masa yang pertama ialah 5-1.

Pada separuh masa yang kedua, PSB FC melakukan beberapa perubahan di dalam pasukan tersebut iaitu Tommy (GK) dikekalkan, Jeffry (CB) dan Dandy (CB) juga dikekalkan, Mohd. Rizuan dikeluarkan dan digantikan dengan Masnin (LB), Jonius@pemain jemputan PSB FC (RB) masuk mengantikan Jasneh yang bermain di bahagian tengah namun Jonius mengisi posisi (RB). Sementara itu, Andi mengantikan Jasneh di bahagian (CMF) setelah posisinya pada separuh masa yang pertama di isi oleh Jonius. Di bahagian (DMF), Francis kekal di posisi (DMF) sementara Jasri dikeluarkan dan digantikan dengan Effendy yang bertindak sebagai (AMF). Redzuan yang sebelum ini mengisi posisi (AMF) mengambil posisi (LWF) setelah posisinya diisi oleh Effendy. Rehan kekal sebagai (CF) manakala Hajelin dikeluarkan dan digantikan dengan Nazree di bahagian (RWF). Babak kedua bermula dengan agak perlahan kerana para pemain kedua-dua pasukan telah keletihan. Namun demikian, PSB FC terus garang mengasak kubu pasukan Selupuh FC dan hasilnya, Redzuan berjaya menjaringkan 2 gol manakala Rehan berjaya menambah satu lagi gol yang menjadikan jumlah keseluruhan jaringan bagi pemain tersebut di dalam perlawanan ini 4 gol. Gol yang kesembilan bagi PSB FC dijaringkan oleh Francis@pemain jemputan PSB FC yang berjaya melepasi beberapa pemain tengah dan pertahanan Selupuh FC dan seterusnya melakukan satu rembatan kaki kiri yang kencang dari luar kotak penalti yang tepat mengenai palang gol dan terus mengegar gawang Selupuh FC. Keputusan akhir bagi perlawanan tersebut ialah 9-1. Selepas tamat perlawanan tersebut, para pemain PSB FC bersama-sama berbuka puasa di tepi padang dengan menjamu kuih-muih dan minuman ringan. by : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com


Antara aksi di dalam perlawanan ini.

Aksi penjaga gol PSB FC, Tommy.

Gambar-gambar perlawanan ini boleh dilihat di dalam Group Facebook Kampung Bungalio melalui link berikut : Friendly Match - PSB FC vs Selupuh FC Album.

Friendly Match - PSB FC vs Veteran Tuaran FC

TUARAN, 5 OGOS – Sehari selepas PSB FC tewas 4-2 kepada pasukan Gayaratau FC di Padang Pertanian di dalam aksi persahabatan, PSB FC sekali lagi beraksi di Padang Pertanian dengan menentang pasukan yang sering menjadi pasukan lawan bagi PSB FC di dalam aksi persahabatan iaitu pasukan Veteran Tuaran FC. Di dalam perlawanan tersebut, PSB FC berjaya mendahului 4-1 pada suatu ketika namun disebabkan oleh beberapa kesilapan daripada barisan pertahanan, pasukan Veteran Tuaran telah berjaya menyamakan kedudukan melalui 3 gol yang dijaringkan pada lewat permainan. Sekali lagi, faktor perbezaan tenaga menjadi penyebab utama kepada keputusan perlawanan persahabatan pada kali ini.

Pada perlawanan kali ini, PSB FC menurunkan Rayzuone (GK), Jeffry (CB), Emon (pemain jemputan) (CB), Dandy (RB), Mohd. Rizuan (LB), Andi (DMF), Effendy (CMF), Jasneh (AMF), Hasrin (RWF), Jasri (LWF) dan Rehan (CF). PSB FC Berjaya membuka jaringan seawal minit ke-5 menerusi Rehan yang berjaya menewaskan penjaga gol pasukan Veteran Tuaran FC. PSB FC terus garang mengasak kubu pertahanan pasukan Veteran Tuaran FC setelah memperolehi gol pembukaan tersebut namun ketangkasan serta kekebalan benteng pertahan pasukan Veteran Tuaran FC menafikan setiap percubaan daripada PSB FC. Namun begitu, pasukan PSB FC akhirnya dihukum setelah striker pasukan Veteran Tuaran FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit yang ke-15. Gol tersebut berpunca daripada kesilapan mudah yang telah dilakukan oleh penjaga gol PSB FC, Rayzuone yang melepaskan bola akibat tangkapan yang tidak kemas dan striker pasukan lawan dengan mudah menolak masuk bola ke gawang PSB FC. Tersentak dengan gol itu, moral pasukan PSB FC dilihat telah jatuh sedikit namun keyakinan para pemain PSB FC mula pulih semula selepas penyerang sensasi PSB FC, Rehan berjaya menanduk masuk hantaran lintang daripada Hasrin dan menjadikan kedudukan 2-1. Pada lewat babak pertama, sekali lagi Rehan berjaya menjaringkan gol yang ketiga bagi dirinya di dalam perlawanan ini. Kedudukan selepas tamat separuh masa yang pertama ialah 3-1.

Pada babak kedua permainan, PSB FC telah melakukan beberapa pertukaran pemain. Tommy masuk mengantikan Rayzuone (GK), Masnin pula masuk mengantikan Jeffry (CB), Emon (CB) dikekalkan manakala Jonius (pemain jemputan) masuk mengantikan Dandy (RB). Mohd. Rizuan pula dikeluarkan dan digantikan oleh Charles (LB). Dibahagian tengah pula, Andi (DMF) dikekal manakala Jasneh dan Effendy digantikan dengan Redzuan (AMF) dan Jasnin (CMF). Di bahagian atas, Rehan dibawa keluar dan digantikan dengan Rajinal@Max (pemain jemputan) (CF), sementara Jasri dan Hasrin digantikan dengan Hajelin (LWF) dan Elvin (RWF). Sebaik saja wisel dibunyikan, pasukan Veteran Tuaran FC berjaya mendapat peluang melalui sepakan voley daripada pemain tengah pasukan mereka namun penjaga gol gantian PSB FC, Tommy berjaya melayangkan badan untuk menyelamatkan percubaan tersebut di sudut sebelah kiri pintu gol PSB FC. Bola tersebut bagaimanapun berjaya dikawal oleh striker pasukan Veteran Tuaran FC namun sekali lagi Tommy pantas bangkit untuk melakukan sliding dan berjaya menangkap kemas bola tersebut.

Walaubagaimanapun, pasukan Veteran Tuaran FC berjaya mendapatkan gol kedua melalui tandukan tinggi ke arah sudut kanan pintu gol yang tidak mampu dicapai oleh penjaga gol PSB FC yang tinggi lampai itu. Selang beberapa minit kemudian, PSB FC berjaya menjarakkan kedudukan melalui jaringan yang dihasilkan oleh pemain gantian PSB FC, Jasnin yang berjaya  menewaskan penjaga gol pasukan lawan melalui sepakan leret di sebelah kiri pintu gol pasukan lawan dan menjadikan kedudukan 4-2 pada ketika itu. Namun, pada minit akhir perlawanan, pasukan Veteran Tuaran FC berjaya menjaringkan 2 gol hasil daripada kesilapan pertahanan kiri PSB FC, Charles yang tidak dapat mengawal bola dengan kemas dan sering melepaskan bola mudah kepada pasukan lawan. Keputusan akhir perlawanan ialah seri 4-4. Di dalam perlawanan tersebut juga, penjaga gol gantian PSB FC, Tommy dijangka tidak dapat bermain selama 5-7 hari berikutan kecederaan di bahagian pinggang setelah diterjah oleh striker pasukan Veteran Tuaran FC di dalam perlawanan tersebut. Oleh itu, diharapkan penjaga gol muda PSB FC, Mohd. Hamzi dapat turun beraksi pada perlawanan persahabatan yang akan datang. by : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com.


Antara aksi-aksi di dalam di dalam perlawanan tersebut.


Pemain pasukan Veteran Tuaran FC terbaring di atas padang setelah diasak oleh pertahanan PSB FC.


Penjaga Gol PSB FC, Rayzuone menangkap bola.


Aksi penyerang PSB FC, Rehan menjaringkan gol melalui tandukan.


Aksi penjaga gol PSB FC, Tommy menyelamatkan sepakan voley pemain pasukan Veteran Tuaran FC.


Gambar-gambar perlawanan boleh dilihat di dalam group facebook Kampung Bungalio melalui link berikut : Veteran Tuaran FC vs PSB FC Album.

Friendly Match - PSB FC vs Gayaratau FC

TUARAN, 4 OGOS  -  Walaupun pada bulan puasa, namun PSB FC tetap mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan bola sepak di sekitar kawasan pantai barat selatan sebagai persediaan untuk menghadapi saingan Liga KPL (Kiulu Premier League) yang bakal bermula tidak lama lagi. Begitulah keadaannya bagi pemain-pemain pasukan PSB FC yang begitu komited di dalam sukan bola sepak. Pada perlawanan persahabatan kali ini, PSB FC telah bertemu dengan pasukan daripada Gayaratau FC, sebuah pasukan yang berasal daripada Kampung Gayaratau di Jalan Ranau. Pada aksi persahabatan yang diadakan di Padang Pertanian Tuaran pada kali ini, PSB FC telah tewas dengan jaringan 4-2. Gayaratau FC menampilkan para pemain muda serta pemain veteren yang cukup cergas dan bertenaga manakala PSB FC menampilkan pemain yang kurang bertenaga (disebabkan faktor puasa) pada aksi kali ini. Faktor inilah yang menjadi penyebab utama kekalahan PSB FC pada perlawanan kali ini.

Barisan kesebelasan utama PSB FC pada kali ini ialah Rayzuone (GK), Jeffry (CB), Masnin (CB), Cikgu Anis (RB),  Dandy (LB) , Andi (DMF), Effendi (CMF), Jasri (AMF), Hasrin (RWF), Elvin (LWF), dan juga Redzuan (CF).  Pada separuh masa pertama, Gayaratau FC dan PSB FC saling berbalas-balas serangan namun ketangkasan bahagian pertahanan serta penjaga gol kedua-dua pasukan berjaya mengelakkan pasukan masing-masing daripada dibolosi. PSB FC berjaya membuka jaringan pada minit ke-10 hasil daripada percubaan pemain sayap kiri, Elvin. Pada separuh masa yang pertama juga, Gayaratau FC dilihat mendominasi hampir keseluruhan permainan kerana para pemain PSB FC dilihat tidak mempamerkan aksi sebenar. Namun demikian, PSB FC berjaya mempertahankan kedudukan 1-0 sehingga separuh masa yang pertama tamat.

Pada separuh masa yang kedua, PSB FC membuat pertukaran pemain dengan hanya Jeffry dan Redzuan sahaja yang dikekalkan. Pertukaran yang dilakukan oleh PSB FC ialah Tommy mengantikan Rayzuone (GK), Jeffry dikekalkan (CB), Masnin digantikan dengan Rudy (CB), Cikgu Anis digantikan dengan Mohd. Rizuan (RB), Dandy digantikan dengan Jasnin (LB), Andi digantikan dengan Emon (pemain jemputan) (DMF), Effendi digantikan dengan Jasneh (CMF), Elvin digantikan dengan Hajelin (LWF), Hasrin digantikan dengan Asfaridzul (RWF) manakala Jasri digantikan dengan Rehan. Redzuan mengisi posisi Jasri (AMF) manakala Rehan mengisi posisi CF. Sebaik sahaja separuh masa yang kedua bermula, Gayaratau FC terus mengasak benteng pertahanan PSB FC dan akhirnya Gayaratau FC berjaya menyamakan kedudukan hasil daripada sepakan sudut yang berjaya ditanduk oleh pemain tengah Gayaratau FC yang tidak dikawal. Tersentak daripada gol penyamaan tersebut, PSB FC menggandakan serangan dan akhirnya Rehan berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan leret yang menewaskan penjaga gol Gayaratau FC dan menjadikan kedudukan 2-1. Namun demikian, Gayaratau FC tidak mengambil masa yang lama untuk menyamakan kedudukan hasil daripada gerakan solo menarik striker pasukan tersebut yang berjaya melepasi pemain pertahanan PSB FC dan seterusnya menewaskan penjaga gol PSB FC, Tommy dan menjadikan kedudukan 2-2.

Pada pertengahan babak yang kedua, Gayaratau FC terus garang melakukan serangan bertubi-tubi dan akibat daripada kesilapan pemain pertahanan PSB FC, sekali lagi striker Gayaratau FC berjaya menjaringkan gol melalui gerakan solo yang berjaya menewaskan pemain pertahanan PSB FC dan seterusnya berjaya memperdayakan penjaga gol PSB FC dan menjadikan kedudukan 3-2. Gerakan tersebut sememangnya satu gerakan yang cukup menarik dan striker Gayaratau FC telah menunjukkan satu permainan yang cukup tenang dan bertenaga. PSB FC cuba untuk bangkit daripada ketinggalan 1 gol namun faktor perbezaan tenaga (pemain PSB berpuasa) telah membuatkan pemain PSB FC tidak mampu untuk bersaingan dengan para pemain Gayaratau FC. Akibatnya, striker Gayaratau FC sekali lagi berjaya menjaringkan gol keempat bagi pasukan tersebut selepas percubaan daripada gerakan solo pemain sayap Gayaratau FC berjaya ditepis oleh penjaga gol PSB FC, Tommy namun bola tersebut dengan pantas di sepak masuk oleh striker Gayaratau FC yang tidak dikawal. Keputusan akhir perlawanan ialah 4-2.
by : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"