Semester 7 vs Praktikum

    Setelah berkurun lamanya, baru hari ni saya berkesempatan untuk meng"update" blog saya. Hari ni, 15/6/2012, iaitu dua hari selepas peperiksaan terakhir saya bagi semester enam. dengan berakhirnya peperiksaan akhir saya itu, bermaksud berakhirlah sudah pengajian saya bagi semester yang keenam di UPSI. Semester keenam merupakan semester yang agak mencabar terutamanya bagi kursus KPD. Apapun, semuanya sudah berakhir, tidak perlu untuk diceritakan lagi. Dipendekkan cerita, satu minggu lagi akan bermulalah semester yang ketujuh bagi mahasiswa UPSI sesi 2009/2010. Semester ketujuh merupakan semester yang paling mencabar bagi setiap mahasiswa UPSI kerana semester ketujuh merupakan semester bagi mahasiswa untuk berpraktikum ataupun menjalani latihan mengajar di sekolah. Dengan erti kata yang lain, setiap mahasiswa semester tujuh akan pergi ke sekolah dan mengajar selama tiga bulan lebih, iaitu bermula pada 25/6/2012 sehingga 19/10/2012. Secara jujurnya, saya rasa saya betul-betul belum bersedia untuk mengajar kerana ilmu di dada belum cukup. Apapun, tiada pilihan lain selain daripada  menghadapinya dengan senyuman.
       Bercakap mengenai praktikum, hampir kesemua kawan-kawan saya memilih sekolah di kawasan Ipoh, Taiping dan area Lumut/Setiawan, Perak. Ada juga beberapa kawan saya yang memilih sekolah di area Kajang, Selangor. Dalam perancangan awal, saya sepatutnya akan menjalani praktikum di Taiping, Perak. Namun, terdapat satu peluang yang membolehkan saya memilih sekolah di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Di saat saya mengganggap bahawa saya akan berpraktikum di Kuala Kubu Baru, Selangor, tiba-tiba dan entah dari mana datangnya luck yang membolehkan saya berpraktikum di SMK Methodist sahaja, iaitu sekolah menengah yang terletak di depan kampus lama UPSI. Kawan-kawan saya hanya mampu cakap "Untung Lerrr". Haha, actually saya bersyukur dengan penempatan praktikum saya itu. Selain daripada jaraknya yang dekat, saya tidak perlu bersusah payah memindahkan barang-barang saya serta tidak perlu membazir duit untuk urusan pindah memindah. Walaupun ada sesetengah daripada kawan-kawan saya yang mengatakan bahawa sekolah yang dekat tidak dapat memberikan pengalaman serta cabaran kepada saya, namun, pada pendapat saya, jarak bukan satu isu kerana, apapun, saya tetap akan menghadapi karenah para pelajar sekolah. Saya juga tetap akan masuk mengajar dan menulis RPH serta tetap akan diselia oleh penyelia walaupun jarak yang dekat. Untung bagi kawan-kawan yang berpraktikum di tempat lain mungkin hanyalah pengalaman baru yang mereka dapat di tempat baru dan juga dapat melawat tempat-tempat mereka berpraktikum dan rugi bagi saya mungkin ialah, guru penyelia akan dayang untuk menyelia saya pada setiap minggu kerana jarak sekolah yang dekat.
         Apapun, saya harap semua kawan-kawan saya yang akan berpraktikum dapat menamatkan praktikum masing-masing dengan jayanya dan semoga berjumpa lagi pada semester lapan. Next, saya tidak lagi tinggal di rumah No.27 Taman Universiti Baru. Disebabkan saya akan berpraktikum, saya telah berpindah ke rumah No.12, Taman Universiti Lama. Rumah ini actually tempat tinggal kawan-kawan saya yang akan balik bercuti. So, saya just tolong jaga rumah sehingga habis cuti semester di samping tolong meringankan jumlah bayaran sewa rumah yang perlu ditanggung oleh mereka. Situasi Win-Win ya di situ. Disebabkan oleh harga tiket flight yang agak mahal, saya membatalkan hasrat untuk balik ke Sabah. Padahal saya telah merancang untuk balik ke Sabah pada 17/6 hingga 22/6. Last saya balik Sabah ialah pada bulan september 2011. Nampaknya, setahun lebihlah saya tidak dapat balik ke Sabah pada kali ini. Harap-harap orang kampung tidak lupa saya selepas setahun tidak balik kampung. Hahaha, lagi seminggu praktikum akan bermula, so saya akan cuba untuk update blog saya pada setiap hari untuk menulis mengenai situasi serta keadaan semasa berpraktikum nanti. Nantikan update-update tersebut untuk mengetahuai keadaan semasa berpraktikum.
       Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat berpraktikum kepada semua kawan-kawan yang akan berpraktikum. Semoga baik-baik saja semuanya. Kepada kawan-kawan yang akan bercuti semester pula, saya ingin mengucapkan selamat bercuti dan semoga baik-baik juga semuanya. Jangan nakal-nakal semasa cuti dan sila jaga diri baik-baik. Kepada adik-adik diploma yang akan memulakan sesi yang baru pada minggu hadapan di UPSI, saya ingin mengucapkan selamat berkuliah dan semoga baik-baik saja semuanya. Pendek kata, semoga baik-baik sajalah semuanya. God Bless...

1 comments:

  1. cici said...

    Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"