Friendly Match - PSB FC vs Veteren Tuaran FC

TUARAN, 21 JULAI - PSB FC telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Veteren Tuaran FC. Perlawanan tersebut telah diadakan di Padang Kampung Selupuh, Tuaran. Perlawanan ini adalah merupakan perlawanan pertama bagi PSB FC setelah berehat daripada mengadakan perlawanan persahabatan selama kira-kira seminggu. Perlawanan ini menyaksikan PSB FC membenam pasukan Veteren Tuaran FC dengan keputusan 7-0. Di dalam perlawanan tersebut, PSB FC telah meletakkan Redzuan Ratimin sebagai penyerang manakala Hasrin bertindak sebagai sayap kiri dan Hajilin bertindak sebagai sayap kanan. Di bahagian tengah pula, Jasneh Amat, Jasri Amat dan Andi Azuan berganding bahu untuk menggerakkan bahagian tengah pasukan PSB FC. Di bahagian pertahanan pula, pemain multiposition PSB FC iaitu Jeffry Amat bergandingan dengan Dandy sebagai pertahanan tengah manakala Kitut mengisi posisi pertahanan kiri dan Donius mengisi posisi pertahanan kanan. Penjaga gol PSB FC pada perlawanan ini ialah Tommy Mathew.

Sebaik sahaja wisel dibunyikan, pasukan Veteren Tuaran FC terus mengasak kawasan PSB FC dan striker pasukan tersebut berjaya melepasi pertahanan PSB FC namun penjaga gol PSB FC, Tommy Mathew meluru keluar untuk menyelamatkan keadaan. Beberapa minit kemudian, sekali lagi pasukan Veteren Tuaran FC menyerang kawasan PSB FC melalui satu rembatan kencang menuju ke arah kanan gawang PSB FC namun sekali lagi penjaga gol PSB FC, Tommy yang pantas melayangkan badan untuk menampan bola tersebut dan memberikan sepakan sudut yang pertama kepada pasukan Veteren Tuaran FC. Pada pertengahan babak pertama, striker PSB FC, Redzuan Ratimin berjaya menjaringkan gol yang pertama dan selang beberapa minit kemudian, satu lagi gol telah dapat dijaringkan oleh striker yang berbakat tersebut. Tersentak dengan dua gol itu, pasukan Veteren Tuaran FC mempertingkatkan serangan dan satu percubaan dari luar kotak penalti telah dilakukan oleh midfield pasukan Veteren Tuaran FC namun berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol PSB FC. Sebelum berakhirnya separuh masa pertama, Redzuan berjaya menjaringkan 2 gol lagi yang menjadikan kedudukan 4-0 pada separuh masa yang pertama.

Separuh masa kedua dimulakan dengan PSB FC melakukan beberapa pertukaran. Kitut dikeluarkan dan diganti oleh Mohd. Rizuan manakala Razian dibawa masuk untuk mengantikan Jonius. Di bahagian pertahanan tengah, Rudy Ratimin dibawa masuk untuk mengantikan Jeffry Amat. Di bahagian tengah, Jasry Amat dikeluarkan dan digantikan dengan Mohd. Effendy. Striker sensasi PSB FC, Rehan Ratimin masuk mengantikan Hasrin dan Nazree masuk untuk mengantikan Hajilin. Pertukaran pemain ini menyaksikan Rehan mengisi posisi Striker manakala Redzuan, yang juga merupakan abang kepada Rehan bermain di posisi sayap kanan. Di dalam separuh masa yang kedua ini, Redzuan telah beraksi cemerlang dengan membuat beberapa hantaran silang kepada Rehan dan 3 daripada hantaran tersebut telah berjaya disudahkan oleh Rehan. 3 gol daripada Rehan menyaksikan pasukan PSB FC berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 7-0. 

Barisan pemain PSB FC.


Mohd. Effendy - Midfield PSB FC.


Tommy Mathew - Penjaga gol PSB FC di dalam perlawanan ini.


Mohd. Rizuan - Left Back PSB FC.


Rudy Ratimin - Center Back PSB FC.


Rehan Ratimin - Striker PSB FC yang berjaya menjaringkan 3 gol dalam perlawanan ini.


Barisan pemain PSB FC dalam perlawanan ini.




Gambar-gambar perlawanan ini boleh dilihat di dalam Group Facebook Kampung Bungalio melalui link berikut : Friendly Match - PSB FC vs Veteren Tuaran FC Album. by : Tommy Mathew for tommymathew.blogspot.com

2 comments:

  1. Bey Anne said...

    Uina.. cayala! Cantik ow pix kmu..hehe.. Like.. Like.. :)

  2. Tommy Mathew said...

    hihihi...=P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"