Tommy Bin Mathew

18 Ogos 2011 - kali terakhir saya update blog saya adalah pada tarikh tersebut. Hari ini ialah 23 Januari 2012 - lebih kurang 5 bulan yang lalu. Sepanjang tahun 2011 dan juga permulaan tahn 2012, pelbagai perkara telah berlaku. Ada yang manis, ada yang pahit dan ada juga yang tidak dapat dikenalpasti rasanya, sama ada manis atau pahit. Apa yang pasti, bagi saya, babak kedua tahun 2011 merupakan babak yang menarik dalam hidup saya. Babak kedua tahun 2011 juga bermaksud saat dimana saya menempuhi tahun ketiga saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris @ semester kelima. Apa yang saya boleh katakan tentang semester lima saya di UPSI ialah, NOT GOOD. Saya rasa, sepanjang saya berada di UPSI, semester yang kelima merupakan semester yang paling KURANG BAIK bagi saya. Ia bukan sahaja meliputi aspek pelajaran, tetapi juga meliputi aspek kehidupan saya. Pendek kata, semester kelima tidaklah sebaik dan semudah semester-semester yang lalu. Banyak cabaran dan halangan termasuklah dugaan yang terpaksa saya tempuhi sepanjang semester lima ini.  Apapun, saya sentiasa memandang serta melihat perkara-perkara yang kurang baik itu dari sudut positif walaupun kadang-kadang susah. Tapi, apakan daya, kita sebagai manusia biasa, hanya mampu merancang...yang menentukan segalanya adalah TUHAN. Namun demikian, saya berjaya mengharungi semester lima ini sehingga berakhirnya semester ini seminggu yang lalu. Dengan berakhirnya semester kelima ini, saya hanya mampu untuk mengharapkan keadaan yang lebih baik pada semester enam nanti dan juga semoga pointer saya untuk semester yang kelima ini meningkat ataupun sekurang-kurangnya kekal.

Apapun, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Setiap yang berlaku itu adalah ketentuan serta rencana TUHAN. Semoga hari ini lebih baik dari hari kelmarin dan semoga hari esok adalah lebih baik dari hari ini. Seperti yang sering diperkatakan, HARI KELMARIN ADALAH SEJARAH, HARI ESOK ADALAH MISTERI DAN HARI INI PULA, ADALAH ANUGERAH. It is all about how you LIVE your LIFE...^^v
















0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"