16 Minggu

Hari ini adalah hari terakhir bagi minggu yang keempat sebagai seorang guru praktikum. Sepanjang satu bulan saya berpraktikum di SMK Methodist, macam-macam benda telah saya alami sebagai seorang guru praktikum. Baru saya tahu bagaimana rasanya untuk menjadi seorang guru. Selain daripada kerja yang banyak, perangai pelajar juga sangat dahsyat semuanya. Nakal-nakal dan hyperactive lagi tu. Sangat susah untuk dikawal.
Tambahan lagi saya mengajar kelas tingkatan satu dan kelas tingkatan dua (sidang petang). Kena-kena lagi dengan PBS untuk tingkatan satu. Memang peninglah kepala setiap hari di sekolah. Empat minggu sudah berlalu dan ini bermakna ada 12 minggu lagi yang perlu ditempuhi dan diharungi. Kemungkinan besar minggu depan pensyarah akan datang untuk observe saya di sekolah. Saya tidak risau mengenai cara saya mengajar. Saya cuma risau mengenai perangai para pelajar di dalam kelas semasa saya di observe. Saya harap para pelajar saya akan menjadi baik semasa saya di observe nanti.
Apapun, kerja sebagai seorang guru ini bukan senang. Ramai orang cakap kerja sebagai guru sangat mudah kerana banyak cuti dan kerja setengah hari sahaja. Saya juga pernah berpandangan seperti itu namun, setelah saya sendiri mengalami tugas sebagai seorang guru, baru saya faham dan tahu bahawa tugas sebagai seorang guru ini tidak seperti yang disangka oleh kebanyakkan pihak. Hakikatnya, bukan senang untuk mendidik anak bangsa. Ianya merupakan satu tugas yang sangat berat dan mencabar mental dan fizikal.
Oleh itu, hargailah seorang guru kerana banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seorang guru demi untuk mendidik anak bangsa dan menjadikan anak bangsa orang yang berguna kepada masayarakat dan negara di masa akan datang. Saya ingin kongsi satu petikan daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan Tiga, halaman 47 yang berbunyi ;

"Kerjaya sebagai seorang guru amat bermakna. Hal ini demikian keranan tanggungjawabnya amat berat. Mereka mendidik murid menjadi manusia yang berguna. Apabila murid berjaya, guru berasa gembira. Apabila murid gagal, guru menanggung beban yang beratnya tidak terkira. Oleh itu, sebagai murid kita mesti mendengar dan mematuhi ajaran guru. Semua guru mahu muridnya mencapai kejayaan yang tinggi dalam pelajaran. Kejayaan murid biasanya memberikan kepuasan dan kebanggaan kepada guru..."



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"