Kekreatifan Remaja...!!!


Huhuhu... Good night to all.... Sy baru ja siap buat assignment ni. Em, bukan la siap sepenuhnya, just sikit ja sebenarnya... hahaha, "kemalasan melebihi kerajinan"... thatz why sy buat sikit ja.. Em, sy xda apa yg mo di perkatakan pada kali ini... Just sy nak ckp, td sy ada buka blog seseorang (perempuan). Pemilik blog tersebut sebenar kawan sy (kalaulah dia anggap sy sebagai kawan dia tu) Huhuhu, blog dia cantik...warna purple!! Terus terang sy ckp, mmg cantik..!!
Sedap mata memandang bila buka blog dia... Siap dengan icon2 and gadjet2 serta playlist menjadikan blog dia mmg sangat menarik dan best... Huhu, sy pun x pandai mo adjust layout utk blog sy ni. Cukup la sekadar bleh baca and tengok2 gambar di dalam blog sy ni. Honestly, sy jelez juga sikit ni dgn blog dia... Hahaha, xpa, nnti sy blajar utk adjust layout blog sy... Masa tu, sy akan pastikan blog sy cantik dan setanding dengan blog perempuan tu)..(mungkin lebih cantik and happening lg)..huhu..
Hahaha, so, overall, berkenaan dengan perkara ini, sy berpendapat bahawa remaja pada masa kini semakin kreatif dalam segala bidang dan perkara yang mereka ceburi. Walaupun pada hakikatnya, golongan perempuan lebih kreatif daripada lelaki (terutamanya dalam hal2 hias menghias), tetapi ada juga lelaki yang mempunyai kemahiran yang sama seperti golongan perempuan..(malangnya sy hanya ada separuh drpada kebolehan tersebut, hahaha)...
Namun demikian, kekreatifan para remaja pada masa kini telah digunakan oleh para remaja itu sendiri dalam pelbagai perkara yang tidak berfaedah. Contohnya, perbuatan vandelisme (menconteng dinding2 dengan lukisan grafiti), lumba haram (menunjukkan kekreatifan dgn memecut dan mencelah di antara kereta) dan sebagainya. Ini adalah disebabkan oleh pengaruh daripada keadaan persekitaran serta kurangnya penjagaan daripada ibu bapa para remaja itu sendiri. Kalaulah kekreatifan para remaja tersebut digunakan ataupun dicurahkan di tempat yang betul, kan bagus... Oleh itu, siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini (keruntuhan moral dalam kalangan remaja pada masa kini)???

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"