That is how I live my life...

Malam yang agak sejuk ya pada masa ini. Hari-hari sebagai seorang guru praktikum terus berlalu seperti air sungai yang sedang mengalir. Sedar atau tidak, sudah separuh jalan yang saya tempuhi sebagai seorang guru praktikum di SMK Methodist Tanjung Malim. Apa yang saya boleh katakan buat masa ini adalah, saya masih menikmati kehidupan sebagai seorang guru, walaupun hanya sebagai guru praktikum. Saya juga sedar bahawa tugas serta cabaran untuk menjadi seorang guru jauh lebih hebat dan dahsyat daripada apa yang saya alami pada masa ini sebagai seorang guru disiplin. Namun demikian, itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya percaya bahawa kesusahan pada hari ini, cukuplah untuk hari ini. Hari esok mempunyai kesusahan yang lain. Saya percaya bahawa kita perlu berusaha untuk menjadikan hari-hari yang kita lalui dan tempuhi indah dan terbaik. That is how I live my life. Sebelum saya tidur pada setiap malam, saya akan berdoa agar saya diberikan peluang untuk menikmati hari esok. Apabila saya bangun pada keesokkan harinya, saya akan bersyukur kerana diberikan peluang untuk menikmati kehidupan yang tidak seberapa ini. Begitulah juga halnya, saya akan berazam untuk menjadikan hari itu lebih baik daripada hari semalam. Ianya semudah itu! Cuba untuk membuatkan hari yang kita lalui lebih baik daripada hari kelmarin! Saya rasa tidaklah susah manapun. So, just live your life.
Bercakap mengenai sesuatu, kurang daripada satu tahun lagi, saya akan tamat pengajian di UPSI. Setelah 3 tahun setengah saya menuntut ilmu di UPSI, akhirnya, saat untuk pergi telah hampir tiba. Ianya sangat cepat dan pantas; seperti baru semalam saya menjejakkan kaki ke UPSI. Sepanjang pengajian, tidak dinafikan bahawa terdapat banyak ilmu serta pengetahuan baru yang saya telah belajar; LOVE, FRIENDSHIP, etc. Namun, saya masih lagi insan yang sangat cetek ilmu. Terdapat banyak perkara lagi yang saya belum pelajari. Ilmu di dada belum cukup untuk mengharungi alam pekerjaan. Namun demikian, LMGO; Life Must Go On. Jika kita berpaling sesaat sahaja ke belakang, for sure, kita akan ketinggalan berbatu-batu jauhnya. Oleh itu, jangan sesekali berpaling ke belakang.
Kita harus sentiasa pandang ke hadapan, pandang sejauh yang boleh dan tetapkan hala tuju yang kita hendak pergi. Kalau ke utara, maka ke utaralah arah langkah kita. Kalau ke timur, maka ke timurlah arah langkah kita. Sepanjang perjalanan, kita mungkin akan terjatuh dan terluka serta menangis, rasa tidak berdaya, rasa terseksa, etc. Namun, seperti yang selalu diperkatakan oleh manusia, "bumi mana tidak ditimpa hujan". Nikmatilah setiap yang berlaku di dalam hidup kita. Jangan mengelak, jangan mengeluh, jangan memberontak, kerana, kita tidak tahu bahawa, mungkin itu adalah yang pertama dan yang terakhir bagi kita di dalam kehidupan. Anggaplah semua itu sebagai lumrah kehidupan; perkara yang wajib dilalui oleh semua orang. Anggap ia umpama setiap kanak-kanak, yang harus mengalami fenomena "gigi gugur". Setiap kanak-kanak akan mengalami fenomena "gugur gigi", iaitu perkara yang agak menakutkan dan menyakitkan bagi kanak-kanak. Namun itu adalah lumrah kehidupan, dan kita tidak boleh mengelak. Anggaplah kehidupan adalah seperti itu. Hidup tidak selalunya indah, tapi, hidup juga tidak selalunya teruk. Biarlah masa yang menentukan segalanya.

LIVE YOUR LIFE

Malam yang kurang baik! Itu ja yang dapat saya tulis. Ada sesuatu yang pelik dalam diri saya dan saya tidak pasti perkara ni hanya berlaku kepada saya atau orang lain pun alami benda yang sama. Saya ni, jenis yang susah mau tidur malam jika saya penat. Maksudnya, kalau saya bersukan atau buat aktiviti yang lasak dan memenatkan pada waktu petang atau malam (seperti main bola, futsal, joging, workout di gym, dsb) komfom malam tu saya susah mau tidur. Setahu saya, kalau orang penat, mesti senang dan cepat ja tertidur. Lain pula halnya dengan saya ni. Sebaliknya, jika saya duduk dalam rumah saja sepanjang hari tanpa buat apa-apa aktiviti yang memenatkan, senang pula saya tidur. Baring kejap ja komfom dapat tidur dengan lena. Saya pun rasa pelik dengan keadaan seperti itu. Tapi bagus juga sebab kalau malam saya ada banyak kerja yang perlu disiapkan, komfom petang tu saya akan bersukan gila-gila...berabis...hahaha....malam tu komfom segar ja mata....haha...ada juga tapinya..tu ja la...saya risau juga sebenarnya ni. Bukan risau apa, just saya risau keadaan yang seperti itu akan membuatkan badan saya keletihan dan kelesuan (sebenarnya saya tidak terasa pun penatnya, sikit ja la rasa)...kesan dia bukan sekarang tapi di masa hadapan terutamanya apabila berada dalam peringkat akhir umur (masa tua la tu maksud saya..hahaha). Komfom jadi orang tua yang sangat-sangat tidak berdaya a.k.a lemah. Hahaha....risau juga saya tentang perkara tu tapi, apapun, itu adalah kehidupan di masa hadapan yang belum pasti. Buat masa sekarang, mari kita bersama-sama menikmati kehidupan kita yang tidak seberapa ini. Nikmati setiap saat dalam hidup kita tidak kiralah ianya saat sedih atau gembira, saat menangis atau ketawa, saat untung atau rugi, saat berjaya atau gagal, saat kecewa atau bangga dan lain-lain saat lagilah kerana masa ini lah kita berpeluang untuk menikmati semua benda tu. Eih, ingat, hidup kita hanya sekali. Tiada kali keduanya. Oleh itu, nikmati saja hidupmu, walauapapun keadaannya. Tidak perlu mengeluh, tidak perlu meratapi dan tidak perlu menyalahkan sesiapa berkenaan dengan keadaan hidup yang kita alami. Kalau hari ini kita untung, gembira, ketawa, bangga, berjaya dsb, ingatlah bahawa akan ada waktunya kita akan rugi, sedih, menangis, kecewa, gagal dsb....sebab hidup sudah ditentukan seperti itu. Jika semua itu tidak wujud, maka, hidup kita akan menjadi seperti sehelai baju yang berwarna putih, tanpa ada apa-apa corak di atasnya. Kehidupan yang seperti itu adalah kosong dan hidup yang kosong adalah hidup yang tidak punya apa-apa. Walauapapun, kesusahan yang kita alami pada hari ini, cukuplah untuk hari ini. Jangan fikirkan lagi masalah itu pada esok hari kerana esok hari mempunyai kesusahannya yang lain. Hidup tidak selalunya indah (ya itu pasti), namun hidup juga tidak selalunya buruk (ini orang selalu lupakan). Macam orang selalu cakap, hidup ini seperti sebuah roda yang berputar. Setiap bahagian hidup kita akan berada di atas dan juga di bawah, sama seperti putaran sebuah roda. Ibarat roda, ada masa kita akan berada pada bahagian atas roda, iaitu bahagian yang tidak terkena tanah, lumpur dan sebagainya (maksudnya bahagian atas tu seperti sebuah kehidupan yang selesa la). Tapi ingat, roda akan bergerak dan ada masanya, giliran kita untuk berada pada bahagian bawah roda yang dipenuhi dengan tanah dan lumpur yang kotor (bahagian bawah tu ibarat kehidupan yang kurang selesa@saat sukar dalam hidup). Konsep yang seperti itu kita harus faham dan kefahaman itu mestilah secara meluas dan bukannya secara sempit (maksudnya kita mesti berfikiran/berpandangan jauh ke hadapan dan kita tidak sepatutnya memikirkan sesuatu keadaan pada saat itu sahaja). Saya bukan la siapa-siapa untuk menulis seperti ini. Semua yang saya tulis ini adalah daripada pemikiran seorang mahasiswa yang telah mengalami banyak kesusahan hidup dan semua perkara yang saya alami telah menjadikan diri saya seperti hari ini (actually, maklamat akhir belum tercapai..masih dalam proses). Oleh itu, apa yang saya boleh simpulkan pada hari ini ialah, LIVE YOUR LIFE. Hahaha...tu yang tak tahan tu... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"