That is how I live my life...

Malam yang agak sejuk ya pada masa ini. Hari-hari sebagai seorang guru praktikum terus berlalu seperti air sungai yang sedang mengalir. Sedar atau tidak, sudah separuh jalan yang saya tempuhi sebagai seorang guru praktikum di SMK Methodist Tanjung Malim. Apa yang saya boleh katakan buat masa ini adalah, saya masih menikmati kehidupan sebagai seorang guru, walaupun hanya sebagai guru praktikum. Saya juga sedar bahawa tugas serta cabaran untuk menjadi seorang guru jauh lebih hebat dan dahsyat daripada apa yang saya alami pada masa ini sebagai seorang guru disiplin. Namun demikian, itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya percaya bahawa kesusahan pada hari ini, cukuplah untuk hari ini. Hari esok mempunyai kesusahan yang lain. Saya percaya bahawa kita perlu berusaha untuk menjadikan hari-hari yang kita lalui dan tempuhi indah dan terbaik. That is how I live my life. Sebelum saya tidur pada setiap malam, saya akan berdoa agar saya diberikan peluang untuk menikmati hari esok. Apabila saya bangun pada keesokkan harinya, saya akan bersyukur kerana diberikan peluang untuk menikmati kehidupan yang tidak seberapa ini. Begitulah juga halnya, saya akan berazam untuk menjadikan hari itu lebih baik daripada hari semalam. Ianya semudah itu! Cuba untuk membuatkan hari yang kita lalui lebih baik daripada hari kelmarin! Saya rasa tidaklah susah manapun. So, just live your life.
Bercakap mengenai sesuatu, kurang daripada satu tahun lagi, saya akan tamat pengajian di UPSI. Setelah 3 tahun setengah saya menuntut ilmu di UPSI, akhirnya, saat untuk pergi telah hampir tiba. Ianya sangat cepat dan pantas; seperti baru semalam saya menjejakkan kaki ke UPSI. Sepanjang pengajian, tidak dinafikan bahawa terdapat banyak ilmu serta pengetahuan baru yang saya telah belajar; LOVE, FRIENDSHIP, etc. Namun, saya masih lagi insan yang sangat cetek ilmu. Terdapat banyak perkara lagi yang saya belum pelajari. Ilmu di dada belum cukup untuk mengharungi alam pekerjaan. Namun demikian, LMGO; Life Must Go On. Jika kita berpaling sesaat sahaja ke belakang, for sure, kita akan ketinggalan berbatu-batu jauhnya. Oleh itu, jangan sesekali berpaling ke belakang.
Kita harus sentiasa pandang ke hadapan, pandang sejauh yang boleh dan tetapkan hala tuju yang kita hendak pergi. Kalau ke utara, maka ke utaralah arah langkah kita. Kalau ke timur, maka ke timurlah arah langkah kita. Sepanjang perjalanan, kita mungkin akan terjatuh dan terluka serta menangis, rasa tidak berdaya, rasa terseksa, etc. Namun, seperti yang selalu diperkatakan oleh manusia, "bumi mana tidak ditimpa hujan". Nikmatilah setiap yang berlaku di dalam hidup kita. Jangan mengelak, jangan mengeluh, jangan memberontak, kerana, kita tidak tahu bahawa, mungkin itu adalah yang pertama dan yang terakhir bagi kita di dalam kehidupan. Anggaplah semua itu sebagai lumrah kehidupan; perkara yang wajib dilalui oleh semua orang. Anggap ia umpama setiap kanak-kanak, yang harus mengalami fenomena "gigi gugur". Setiap kanak-kanak akan mengalami fenomena "gugur gigi", iaitu perkara yang agak menakutkan dan menyakitkan bagi kanak-kanak. Namun itu adalah lumrah kehidupan, dan kita tidak boleh mengelak. Anggaplah kehidupan adalah seperti itu. Hidup tidak selalunya indah, tapi, hidup juga tidak selalunya teruk. Biarlah masa yang menentukan segalanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"