Perkhemahan Briged Bomba 2







Pada 6, 7, dan 8 Julai yang lalu, sy telah mengikuti satu perkhemahan Briged Bomba yang telah diadakan di Kalumpang Resort. Perkhemahan tersebut adalah perkhemahan yang pertama sy join sejak belajar di UPSI. So far, perkhemahan tersebut boleh la dikatakan menarik. Terdapat banyak aktiviti yang telah kami jalankan semasa perkhemahan tersebut.
Walaubagaimanapun, secara peribadi, sy merasa sedikit kecewa dengan perkhemahan tersebut. Hal ini demikian kerana pada awal perkhemahan tersebut, para jurulatih dan juga para AJK perkhemahan tersebut memberitahu sy bahawa cabaran yang bakal kami tempuhi semasa perkhemahan tersebut adalah berat. Sy mula berasa seronok apabila mendapat tahu bahawa cabaran yang ada di dalam aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam perkhemahan tersebut adalah berat. Sy mmg teringin untuk melakukan aktiviti-aktiviti lasak kerana sy dah lama x buat aktiviti yg lasak.
Namun demikian, apabila sy mengikuti aktiviti (jungle treking), cabarannya sangat ringan@kurang. Huhuhu, walaupun begitu, sy tetap memberikan 100% komitmen terhadap aktiviti tersebut. Huhuhu, secara keseluruhannya, sy bagi 8 markah (daripada 10) untuk perkhemahan kali ini....Tahniah kepada penganjur dan juga kepada para peserta yang telah mengikuti dan menjayakan program perkhemahan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"