Selamat pagi semua. Hari ini adalah hari untuk semua pelajar semester 3 Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mendaftarkan subjek untuk semester hadapan. Seperti biasa, sama seperti semester-semester lepas, MYUPSI langsung x bleh masuk. Apatah lagi MYSIS. Saya dan kawan-kawan saya berjaga sepanjang malam semata-mata untuk menunggu MYSIS dibuka tetapi harapan yang kami tunggu nampaknya hanyalah sia-sia kerana sehingga pukul 7.30 pagi hari ini, MYSIS masih juga belum dibuka. Apa-apapun, saya dah rasa sangat-sangat penat dan mengantuk kerana berjaga sepanjang malam. Sekarang ni, saya confuse pula. Sekiranya saya tidur, kebarangkalian untuk saya gagal mendaftarkan subjek mengikut jadual yang telah saya susun amatlah sedikit.. sekiranya saya terus berjaga pula, kebarangkalian untuk saya berjaya mendaftarkan subjek mengikut jadual yang telah saya susun amatlah besar. Tapi sekarang ni, saya dah betul-betul mengantuk...apa yang perlu saya buat? Setiap kali saya cuba untuk masuk ke dalam web MYSIS atau MYUPSI, mesti gagal dan situasi kegagalan tersebut adalah seperti yang saya tunjukkan pada gambar di atas...agak menyedihkan dan memang bikin panas....aish....