Shoot at Pekan Tanjung Malim...







Petang tadi, sy keluar p Pekan Tanjung Malim untuk cari makanan...pastu secara x sengaja sy terbawa DSLR...so, sy shoot la apa2 yg boleh di shoot...huhu...=)

shoot dalam bilik mandi.....





Huhuhuhu....hello hello....Hari ini sy sangat bosan......lgpun hari hujan...sy bercadang nak g shoot gambar2 tp hujan pula...So, sa jadikan bilik mandi sebagai tempat untuk sy shoot...(walupun gambar pelik2 sebab teknik blm mantap)...hahaha...anyway....enjoy ja pa yg ada...huhuu...

Perkhemahan Briged Bomba 2







Pada 6, 7, dan 8 Julai yang lalu, sy telah mengikuti satu perkhemahan Briged Bomba yang telah diadakan di Kalumpang Resort. Perkhemahan tersebut adalah perkhemahan yang pertama sy join sejak belajar di UPSI. So far, perkhemahan tersebut boleh la dikatakan menarik. Terdapat banyak aktiviti yang telah kami jalankan semasa perkhemahan tersebut.
Walaubagaimanapun, secara peribadi, sy merasa sedikit kecewa dengan perkhemahan tersebut. Hal ini demikian kerana pada awal perkhemahan tersebut, para jurulatih dan juga para AJK perkhemahan tersebut memberitahu sy bahawa cabaran yang bakal kami tempuhi semasa perkhemahan tersebut adalah berat. Sy mula berasa seronok apabila mendapat tahu bahawa cabaran yang ada di dalam aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam perkhemahan tersebut adalah berat. Sy mmg teringin untuk melakukan aktiviti-aktiviti lasak kerana sy dah lama x buat aktiviti yg lasak.
Namun demikian, apabila sy mengikuti aktiviti (jungle treking), cabarannya sangat ringan@kurang. Huhuhu, walaupun begitu, sy tetap memberikan 100% komitmen terhadap aktiviti tersebut. Huhuhu, secara keseluruhannya, sy bagi 8 markah (daripada 10) untuk perkhemahan kali ini....Tahniah kepada penganjur dan juga kepada para peserta yang telah mengikuti dan menjayakan program perkhemahan tersebut.

Beli Motor....




Pada 26 Julai 2010, sy telah membeli "sebiji" motor. Sy beli Yamaha Lagenda Z 110. Motor ni secondhand ja dan berharga kira-kira RM3000. Overall, prestasi enjin motor ni masi ok. Just cover motor ni ada calar and pecah sikit di satu dua tempat. Motor ni baru 2 tahun digunakan oleh pemilik sebelum ni. Segala urusan pertukaran nama pemilik, pembayaran road tax, pembayaran insurans dan pembayaran harga motor ni berjalan dengan lancar dan dapat di settlekan dalam masa seminggu. So, skrg, motor ni dah mmg sah dah menjadi milik sy.

Objektif utama sy membeli motor ini ialah :
1. memudahkan sy pergi ke kuliah.
2. memudahkan sy untuk pergi ke mana-mana sahaja untuk menguruskan urusan-urusan
3. memudahkan sy keluar membeli makanan/barangan keperluan harian pada masa cuti

Pendek kata, dengan adanya motor ni, sy x perlu lagi bersusah payah beratur untuk menaiki bas atau menaiki kereta sapu. Ni dapat menjimatkan bajet harian sy. motor ni juga dapat menjimatkan masa sy di sini. Huhu, stakat ni, motor ni xda masalah. Just sy sedang dalam proses meng "upgrade" motor ni..(mo bagi motor ni nampak smart)...hahaha...okai, thatz all sa mo cakap untuk kali ni....oh ya, sy beli motor ni kat Jalan Ketoyong, kat kedai Chelsea Motor...hahaha...

Kekreatifan Remaja...!!!


Huhuhu... Good night to all.... Sy baru ja siap buat assignment ni. Em, bukan la siap sepenuhnya, just sikit ja sebenarnya... hahaha, "kemalasan melebihi kerajinan"... thatz why sy buat sikit ja.. Em, sy xda apa yg mo di perkatakan pada kali ini... Just sy nak ckp, td sy ada buka blog seseorang (perempuan). Pemilik blog tersebut sebenar kawan sy (kalaulah dia anggap sy sebagai kawan dia tu) Huhuhu, blog dia cantik...warna purple!! Terus terang sy ckp, mmg cantik..!!
Sedap mata memandang bila buka blog dia... Siap dengan icon2 and gadjet2 serta playlist menjadikan blog dia mmg sangat menarik dan best... Huhu, sy pun x pandai mo adjust layout utk blog sy ni. Cukup la sekadar bleh baca and tengok2 gambar di dalam blog sy ni. Honestly, sy jelez juga sikit ni dgn blog dia... Hahaha, xpa, nnti sy blajar utk adjust layout blog sy... Masa tu, sy akan pastikan blog sy cantik dan setanding dengan blog perempuan tu)..(mungkin lebih cantik and happening lg)..huhu..
Hahaha, so, overall, berkenaan dengan perkara ini, sy berpendapat bahawa remaja pada masa kini semakin kreatif dalam segala bidang dan perkara yang mereka ceburi. Walaupun pada hakikatnya, golongan perempuan lebih kreatif daripada lelaki (terutamanya dalam hal2 hias menghias), tetapi ada juga lelaki yang mempunyai kemahiran yang sama seperti golongan perempuan..(malangnya sy hanya ada separuh drpada kebolehan tersebut, hahaha)...
Namun demikian, kekreatifan para remaja pada masa kini telah digunakan oleh para remaja itu sendiri dalam pelbagai perkara yang tidak berfaedah. Contohnya, perbuatan vandelisme (menconteng dinding2 dengan lukisan grafiti), lumba haram (menunjukkan kekreatifan dgn memecut dan mencelah di antara kereta) dan sebagainya. Ini adalah disebabkan oleh pengaruh daripada keadaan persekitaran serta kurangnya penjagaan daripada ibu bapa para remaja itu sendiri. Kalaulah kekreatifan para remaja tersebut digunakan ataupun dicurahkan di tempat yang betul, kan bagus... Oleh itu, siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini (keruntuhan moral dalam kalangan remaja pada masa kini)???

Update.....

Hello to everyone....Em, dah lama rasanya sy x update blog sy ni....dan dah lama sy x upload gambar2 baru di dalam ni. Skrg ni adalah minggu yang kedua dalam sesi pembelajaran di UPSI. Pada masa inilah segala assignment untuk semester ini diberikan oleh lecture kepada para pelajar (termasuk sy), samada assignment individu ataupun assignment berkumpulan. Tapi setakat ini, sebahagian besar assignment yang diberikan oleh para lecture adalah assignment berkumpulan. Assignment tu semua x lah susah sangat. Sebahagian besar daripada assignment tersebut adalah dalam bentuk penulisan esei 15-20 helai dan beberapa kajian yang perlu dilakukan termasuklah laporan hasil kajian itu. Overall, sy rasa semua assignment itu ok dan boleh disiapkan dalam masa yang terdekat..(itupun kalau sy rajin nak buat)...hahahaha...

Setakat ni, kehidupan untuk semester tiga ni, sama seperti semester2 yang sebelumnya. Masalah utama ialah duit. Tambahan lagi, pada semester ini sy bercadang nak beli motorsikal di sini. Rasanay, kalau xda masalah, hujung bulan julai ni sy akan beli. Overall,masalah kewangan ini rasanya boleh di settlekan...huhu..
lagi satu, pada semester ini juga, sy bercadang nak melibatkan diri dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan. X kiralah aktiviti kolej, aktiviti universiti, aktiviti luar mahupun aktiviti kerohanian. Tapi rasanya sy akan melibatkan diri kepada aktiviti yg lebih menjurus kepada bidang fotografi.

Em, ok, itu sahaja untuk kali ini. Dalam masa yang terdekat ini sy akan upload gambar2 ke dalam blog ni. Sy akan cuba mencari masa free sy untuk keluar berjalan-jalan dan shoot gambar2 di sekitar Tanjung Malim ini. Ok, itu sahaja untuk kali ini. Sesiapa yang buka/baca blog ini, bleh lah add sy dalam facebook. Just taip TOMMY MATHEW dalam ruang search dan add sy. Nanti sy approve...tq.

my sight....






bila sedap mata memandang, makanya, mata jadi lensa...

World Cup.....

Hello semua...gud morning...huhuhuuh...Sorry2 coz lama sa x update blog sy ni...Maklumlah skrg ni musim bola...World Cup....hahaha...So xda masa nak online....duduk depan TV ja ni....Em, bercakap tentang World Cup ni...sy pasti semua orang ada pasukan pilihan masing2...hehehe....bagi sy, pasukan pilihan sy ialah England, Argentina dan Sepanyol...tapi selepas tengok perlawanan pasukan Afrika Selatan dan Korea Selatan hari tu, sy tertarik dengan corak permainan yang di tunjukkan oleh kedua2 pasukan ni....terutamanya pasukan Korea Selatan yang menang bergaya 2-0 ke atas pasukan Greece...so, untuk World Cup tahun ni, pasukan pilihan sy ialah England, Argentina, Sepanyol, Afrika Selatan dan Korea Selatan...Hohoho, sy harap salah satu daripada pasukan pilihan sy ini akan layak ke final dan seterusnya menjadi juara...hohoho....
Em, seterusnya, dalam musim2 bola ni, sedar x sedar lagi 3 minggu sy kena balik ke Tanjung Malim dah..huhuhu...x sedar cuti 2 bulan ni dah nak habis dah...huhuhu...Dalam masa 3 minggu lagi, kehidupan sebagai seorang pelajar akan bermula lagi...Kena hadir kuliah, pastu kena siapkan assignment lg...hoohoho...Anyway, harap2 semuanya akan baik-baik saja...huhuhu...ok, thatz all for today...Nak g booking tiket flight dulu...have a nice day to all...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"