Personaliti Berdasarkan Nama

Mengikut kepercayaan tradisi, nama seseorang itu mempunyai makna tertentu di sebaliknya. Walau apa bangsa atau keturunan, namanya tetap membayangkan makna di sebaliknya. Mengikut pakar numerologi, nama seseorang dapat menggambarkan personaliti atau kehidupan seseorang itu. Cubalah numerologi berikut:

1. Perhatikan abjad di bawah ini yang menyamai huruf-huruf pada nama kamu. Contoh: huruf ‘A’ nilainya 1.

1 A J S
2 B K T
3 C L U
4 D M V
5 E N W
6 F O X
7 G P Y
8 H Q Z
9 I R

2. Campurkan semua vokal (A, E, I, O, U) dan konsonan yang ada pada namamu secara berasingan. (Ada huruf konsonan yang dikira sebagai huruf vokal andainya ia berbunyi seperti huruf vokal bila disebut.Contohnya huruf Y dalam nama-nama ini: Sayfol atau Jenny)

3. Jumlahkan huruf vokal sehingga kamu dapat satu digit. Lakukan yang sama pada huruf konsonan.

Contoh: ADET ZAIN

Vokal: A+E+A+I

1+1+5+9 =16 = 1+6 = 7

Konsonan: D+T+Z+N

4+5+2+8 = 19 = 1+9 = 10 = 1+0 = 1

Kombo ADET ZAIN ialah 7-1

Kombo kamu mestilah antara 1-1 hingga 9-9

Selepas itu, carilah maksud yang tersirat pada kombo kamu dibawah ini. Selamat mencuba!

1-1 - Kamu sanggup berkorban apa saja demi untuk mencapai wawasanmu. Kalau kamu terpaksa memberi sesuatu yang berharga pada dirimu, kamu sanggup melakukannya.
2-1 - Kamu seorang yang peramah yang suka bergaul dengan sesiapa saja. Gunakan skill komunikasi yang kamu miliki untuk tujuan kebaikan padamu.
3-1 - Otak kamu cukup kreatif. Gunakan kelebihan ini dalam mancari kekasih baru kerana mungkin kamu akan bernasib baik kali ini. Peristiwa lama jangan dikenang.
4-1 - Jadual kamu terlalu sibuk dan tentu ini tidak elok kerana ia boleh mengganggu rancanganmu yang lain. Kamu perlu bijak mengatur rancangan dan jadualmu.
5-1 - Kamu seorang yang bertenaga. Jangan memencilkan diri daripada teman-teman.Sekali-sekala, berilah perhatian pada teman-teman lain seperti mana yang kamu inginkan.
7-1 - Hubungan jauh dengan si dia membawa kebahagiaan. Walau sering bertengkar, namun ia tidak selama-lamanya kerana bila kamu bersama, kamu berdua amat menghargai saat-saat itu.
9-1 - Jangan risau sangat apa yang orang lain mahukan dari dirimu. Yang penting ialah objektif hidupmu iaitu apa yang kamu mahukan dalam hidup ini.

_________________                                                                                                             

1-2 - Kamu bertindak dengan cepat dan tepat. Jadi semua orang sangka kamu suka mengawal. Jangan segan silu minta tolong jika kamu berada dalam kesusahan.
2-2 - Waspada! Kamu terlalu berlembut hati sehingga orang lain ambil kesempatan pun kamu tidak kisah langsung. Cubalah kamu fikirkan tentang dirimu dulu.
3-2 - Kamu mahu semua orang sukakan kamu tapi ia mungkin tidak akan berlaku. Oleh itu janganlah kamu membuang masa dengan mereka yang tidak pernah menghargaimu.
4-2 - Ada temanmu yang terasa kehilanganmu kerana sudah lama tidak bersama. Buat satu pertemuan antara semua teman-temanmu dan mereka pasti menghargaimu.
5-2 - Kamu suka bila menjadi tumpuan orang ramai. Jaga-jaga kerana sikap ini boleh menyinggung perasaan orang lain. Berilah peluang pada orang lain menunjukkan kemampuan mereka pula.
6-2 - Kamu bersikap berhati-hati dalam perhubungan sehingga membuatkan si dia rasa kehadirannya tidak diperlukan. Fikirkan hal ini dengan sebaik mungkin.nella
7-2 - Hampir semua temanmu hipokrit! Tapi kamu tidak seperti mereka. Kamu sentiasa memastikan dirimu bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang mereka perlukan.
8-2 - Seorang pemimpin semulajadi! Dengan mudah kamu mempengaruhi teman-teman bekerjasama sebagai satu pasukan.Teruskan semua ini demi untuk mendapatkan kehormatan orang ramai.
9-2 - Kamu memang seorang yang lembut hati dan manis. Ingat, ada yang suka ambil kesempatan.Tapi kebijaksanaanmu mengatasi segala-galanya.Akhirnya dia akan tunduk pada suruhanmu.

_________________                                                                                                             

1-3 - Mereka di sekelilingmu suka mendengar apa yang kamu perkatakan. Hulurkan bantuan pada temanmu kerana kamu memang hebat dalam bab tolong-menolong.
2-3 - Jangan ingat semua temanmu itu satu kepala denganmu. Oleh itu, kamu tidak perlu selalu memberi peluang kepada orang lain mendahuluimu dalam apa jua perkara.
3-3 - Sikap malu dalam dirimu selalunya disalahertikan oleh sesetengah temanmu. Tapi bagi teman-teman yang rapat, mereka tahu siapakah kamu yang sebenarnya.
4-3 - Kamu seorang penulis yang hebat. Idea kamu bernas dan tidak takut pada cabaran. Tapi kelemahanmu terbesar ialah sikap sensitif yang keterlaluan.
5-3 - Walaupun kamu menghadapi masalah besar manapun, kamu tetap bersikap tenang dan dapat menyelesaikan masalah itu. Kebolehanmu ini dapat membantu temanmu yang bermasalah.
6-3 - Teman-teman lelaki suka mendapatkan nasihat cinta darimu. Dah jadi pakar cinta konon! Walaupun mereka dah ada kekasih, mereka tetap meluangkan masa denganmu.
7-3 - Kamu tahu apa yang kamu mahukan dalam hidup kamu. Tapi ada kalangan temanmu yang tidak mengerti. Bersemuka dengan mereka dah terangkan segalanya.
8-3 - Tak sangka kamu adalah seorang yang suka bersaing dalam apa jua perkara pun. Jika kamu menghadapi seseorang yang kuat, jangan cepat panik.
9-3 - Sukar bagimu bersemuka dengan orang lain. Tapi memendam rasa terlalu lama juga tidak baik. Nanti tersalah orang, lain pula yang dimarah.

_____________                                                                                                                     

1-4 - Kamu cepat bosan dengan kekasih baru kerana kamu tiada pendirian yang pasti. Lain kali kamu perlu berpura-pura walaupun si dia amat membosankan kamu.
2-4 - Rileks! Jangan terburu-buru membuat keputusan. Semuanya akan berakhir dengan baik. Dan jangan kamu bersikap terlalu sensitif terhadap apa jua keadaan pun.
3-4 - Kebebasan amat penting bagimu. Dan kamu suka dilayan sebagai orang yang matang. Bila masalah besar timbul, kamu perlu bertindak cepat menyelesaikan masalah itu.
4-4 - Berpenampilan menarik membuatkan kamu rasa hebat seklai dalam hidupmu. Teman berkata kamu seorang yang menarik. Tidak semestinya wajah atau fizikal tetapi sikapmu itu.
5-4 - Kamu perlu mengurangkan aktiviti sosialmu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman jiwamu. Alternatifnya ialah bergaul dengan teman-teman yang tidak mendatangkan masalah.
6-4 - Kamu suka kekasih misteri. Cubalah cari kekasih yang mudah difahami dan kamu akan merasa kebahagiaan bersamanya daripada kamu asyik menggaru kepala bersama gadis/teruma misteri.
7-4 - Kuat keyakinan bila berkomunikasi dengan orang lain di pejabat/sekolah. Bijak-bijaklah pilih teman kerana aada segelintir manusia yang tidak menghargai sumbangnamu.
8-4 - Banyak bergaul dengan teman yang gemar membaca. Ia dapat membantumu menambah pengetahuan. Mungkin si dia juga sesuai dijadikan pasangan istimewa buatmu..siapa tahu?
9-4 - Sikap terlalu terperinci kamu membosankan orang lain. Kurangkan perangai itu dan kamu akan jadi tumpuan di pejabat/sekolah.

____________________                                                                                                       

1-5 - Semua orang sukakan kamu kerana sikap kamu yang cukup peramah. Jadi teruskan sikapmu itu agar kamu disukai dan tidak mendapat musuh.
2-5 - Kamu bukan seorang yang pintar. Tapi peduli apa orang lain fikir. Yang penting ialah kamu berani menyuarakan pendapatmu dan ini menunjukkan kamu juga berakal.
3-5 Kamu suka menghadiri majlis keramaian. Jangan mengharapkan semua akan berakhir dengan apa yang kamu kehendaki kerana mungkin kesilapan kecil mendatangkan keseronokan.
4-5 - Suka menolong adalah sikapmu. Jangan bersedih jika kamu tidak dapat menolong temanmu sekali sekala kerana dia faham kamu akan mencuba di lain masa.
5-5 - Semua orang sangka kamu ni kelakar. Memang betul pun! Meskipun sikap kelakarmu itu menggembirakan tapi berwaspadalah kerana ada seseorang dengki terhadapmu.
6-5 - Tidak dinafikan kamu seorang yang dapat menarik perhatian orang lain. Tapi adalah lebih baik jika kamu tidak berusaha terlalu kuat sangat hingga boleh menyinggung teman lain.
7-5 - Kamu mudah rasa gelisah. Ini memudahkan orang lain perasan tentang dirimu. Cuba atasinya dengan segera. Daptkan bantuan profesional jika perlu.
8-5 - Walau apa situasi pun, tuah tetap di pihakmu.Jangan lupakan mereka yang pernah membantumu.Nanti dapat gelaran ‘kacang lupakan kulit’.
9-5 - Kadangkala sikap kebodohan boleh menambahkan keceriaan antara kamu semua. Selain itu kamu cuba bersikap advance dalam hidupmu.

____________________                                                                                                       

1-6 - Kamu ini seorang yang mudah berkongsi idea. Tapi lain kali cuba kamu bertolak ansur sedikit dan berikan peluang kepada orang lain bercakap dulu.
2-6 - Kamu suka cabaran. Dan kamu juga suka mambantu temanmu di tika mereka kesusahan. Paling best, kamu ni sentiasa sukakan suasana baru yang ceria.
3-6 - Kamu berbakat besar dan disenangi oleh teman-temanmu. Kamu kuat dan tabah menghadapi segala dugaan. Sikap ini amat dihormati oleh orang lain.
4-6 - Cubalah kawal nafsu kamu itu. Mungkin kamu belum bersedia lagi. Asahkan skill komunikasi dan kamu akan dapati ada yang menghargaimu kelak.
5-6 - Kamu tidak suka pujian dan suka mendiamkan diri. Sikap ini amat disenangi oleh teman-temanmu. Mungkin sikapmu itu menjadi teladan bagi mereka.
6-6 - Kamu adalah seorang yang suka berbual-bual. Bila kamu mendiamkan diri, teman-temanmu yang lain akan bertanya, ‘apa yang terjadi padamu?’ Jangan marah, mereka cuma nak ambil berat tentangmu.
7-6 - Privasi amat penting dalam hidupmu. Tapi luangkan sedikit masa dengan temanmu. Tapi jangan bimbang kerana kamu juga seorang yang bijak menangani keduanya sekali.
8-6 -Kejujuran amat penting dalam hidupmu. Oleh itu kamu dapati walau susah macammanapun, kamu tidak akan sekali-kali bercakap bohong. Bagus tu..teruskan!
9-6 - Kamu bersikap terbuka dan sanggup berkongsi bakat yang ada padamu.Senyuman manis pasti membahagiakan kamu.Kamu seorang yang realistik

______________                                                                                                                   

1-7 - Kamu inginkan perkara yang terjadi berakhir dengan apa yang kamu rancangkan. Untuk itu kamu perlu mengatur segalanya dengan tersusun agar kamu dapat keutusan yang baik.
2-7 - Kadangkala kamu terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak realistik daripada kekasihmu. Payah nanti!Cuba kamu berdua fikir saat-saat manis bersama dahulu.
3-7 - Mahu dirimu dilayan dengan baik? Kalau nak, jangan asyik nak menunjuk-nunjuk. Satu lagi, jangan suka sangat menyinggung perasaan teman-teman dengan kata-katamu.
4-7 - Walaupun kamu tidak suka kejutan tapi dalm hidup ini bukan semua yang dapat kita jangkakan. Kawal perasaanmu dan terima apa saja yang ada.
5-7 - Kamu memang bijak berkomunikasi dengan orang lain. Bila mereka memerlukan bantuanmu, cubalah pasangkan telinga itu untuk mendengar luahan hati temanmu itu.
6-7 - Kamu seorang yang ultra sensitif. Sikap ini perlu diubah sedikit dan jangan terlalu taksub sangat dengan apa yang berlaku. Cuba bawa bertenang dan teruskan hidupmu.
7-7 - Kamu rasa gelisah terutama bila berhadapan ramai orang. Jangan bimbang sangat hal ini kerana semua orang mengalami insiden yang sama.
8-7 - Luangkan lebih banyak masa bersama si dia tersayang. Jangan terlalu mempercayai kata-kata teman yang suka menjaga tepi kain orang.
9-7 - Kamu nak lakukan sesuatu untuk kebaikan tapi tidak tahu di manakah kamu patut bermula. Cuba mulakan dengan teman-temanmu, sekolah atau rumah.

________________                                                                                                               

1-8 - Kamu perlu mengikut gerak hati untuk membuat sebarang keputusan.Namun dalam perhubungan jangan terburu-buru buat keputusan kerana ia juga akan mempengaruhi orang lain.
2-8 - Berkongsi barang dengan teman tidak menjadi masalah bagimu. Tapi katakan ‘tidak’ kepada teman yang suka ambil kesempatan kerana kamu juga manusia biasa.
3-8 - Kamu banyak idea dan gunakan ia sebaik mungkin. Jika tidak, bermakna kamu menipu dirimu sendiri kerana mensia-siakan potensi yang ada padamu itu.
4-8 - Kamu cuba melakukan semua perkara dengan sendiri. Sekali-sekala itu, benarkan teman-temanmu membantu kerana mereka mungkin boleh menyumbang sesuatu yang bernas.
5-8 - Kamu ini berat sebelah sangat. 24 jam asyik fikirkan teman-teman saja dan membiarkan si dia berseorangan. Masa sudah tiba kamu perlu mengubah semua itu.
6-8 - Luahkan perasaanmu bila rasa tertekan. Kamu juga pandai menunjukkan emosimu. Mungkin ada baik buruknya kamu terus begitu. Yang penting kamu sentiasa bahagia.
7-8 - Walaupun cinta sudah mula bersemi, tapi jadualmu ketat. Jika si dia benar-benar jujur, dia sanggup menantimu sampai bila-bila.
8-8 - Jangan perasan sangat nanti kamu yang malu. Utamakan perasaan mu dulu sebelum fikirkan orang lain. Sepanjang kehidupanmu banyak rintangan.
9-8 - Beria-ia kamu merancang tingkah lakumu.Lakukan kajian terperinci dan tanya pelbagai soalan yang dapat membantumu kelak. Ini akan memudahkan kerjamu.

_______________                                                                                                                 

1-9 - Teman-temanmu suka mendengar cerita sejarah hidupmu tapi janganlah asyik menceritakan sesuatu yang sama saja. Sesekali ceritakan hal lain yang menarik.
2-9 - Mengimbangi pelajaran/kerjaya dengan cinta bukan perkara mudah bagimu. Mungkin ia terjejas sedikit tapi jangan panik sangat kerana ia tidak akan berpanjangan.
3-9 - Catatkan semua kulaiti yang ada padamu. Masa untuk kamu bertindak sudah tiba dan catatatn itu mungkin dapat membantumu sepanjang tindakan yang kamu lakukan.
4-9 - Imbangi hidupmu itu. Jangan biarkan tekanan perasaan mempengaruhimu. Bangun dan aturkan jadual hidupmu dengan lebih berkesan. Peluang baru akan menyusuli kemudian.
5-9 - Kamu memang bijak. Walaupun suka berparti, namun pelajaran/kerjaya tidak terjejas langsung. Cuba hulurkan bantuan pada teman sekelas/sepejabat yang
memerlukannya.
6-9 - Kamu jujur bila memberi pandangan pada teman-temanmu. Tapi ingat! Pujian yang terlalu sangat juga tidak baik dan menakutkan orang lain. Berpada-pada bila memberi pujian.
7-9 - Jangan rasa malu nak menunjukkan kebolehanmu walaupun sekali-sekala. Ada baiknya kamu menguatkan lagi keyakinan da membiarkan apa orang lain nak kata tentangmu.
8-9 - Pandai-pandailah kamu simpan rahsia.Kamu tak suka jaga tepi kain orang. Teman-teman amat menyukai sikapmu itu. Tahniah!
9-9 - Membantu teman yang keliru adalah kelebihan dirimu. Tak lama lagi, kamu perlu membuat keputusan yang amat penting! Pastikan kamu tahu implikasi keputusan yang bakal dibuat.

Just For Fun...Just Try It....

Pilih bulan kelahiran anda serta nombor hari jadi anda dan warna baju yang sedang anda pakai semasa membaca ayat ini. Gabungkan kesemua ayat-ayat tersebut untuk menjadi satu perkataan yang pastinya akan membuatkan anda tersenyum sendiri....

i) Pilih bulan kelahiran anda :
Januari - Aku cinta...
Februari - Aku gigit...
Mac - Aku belasah...
April - Aku peluk...
Mei - Aku terhantuk...
Jun - Aku terkentut depan...
Julai - Aku menari dengan...
Ogos - Aku pergi dating dengan...
September - Aku lambai dekat...
Oktober - Aku muntah depan...
November - Aku jerit dekat...
Disember - Aku terlanggar...

ii) Pilih nombor hari jadi anda :
1 - ...Mak aku...
2 - ...Komputer aku...
3 - ...Liverpool...
4 - ...Garfield...
5 - ...Musuh dalam selimut aku...
6 - ...Gangster...
7 - ...Handphone aku...
8 - ...Gerrard...
9 - ...Driver Bas...
10 - ...Semut...
11 - ...Kawan baik aku...
12 - ...Polis...
13 - ...Taik kucing...
14 - ...Patung barbie...
15 - ...Lee Chong Wei...
16 - ...Mak Mertua aku...
17 - ...Mak tiri aku...
18 - ...Girlfriend / Boyfriend aku...
19 - ...Makcik kantin...
20 - ...Sharifah Amani...
21 - ...Upin dan Ipin...
22 - ...Siti Nurhaliza...
23 - ...Spongebob...
24 - ...Cristiano Ronaldo...
25 - ...Bapuk/Maknyah...
26 - ...Kawan aku...
27 - ...Raja Lawak/Akademi Fantasia...
28 - ...Jiran aku...
29 - ...Orang gila...
30 - ...Taylor Swift...
31 - ...Awek cun/ Jejaka tampan...

iii) Pilih warna baju yang anda pakai sekarang :
Putih - ...Sebab aku perasan cantik/hensem.
Hitam - ...Sebab aku gila.
Pink - ...Sebab aku suka single.
Merah - ...Sebab mak aku suruh.
Biru - ...Sebab aku tak tahan.
Hijau - ...Sebab aku baik hati.
Ungu - ...Sebab aku cemburu.
Kelabu - ...Sebab bomoh suruh.
Kuning - ...Sebab suka hati aku la.
Oren - ...Sebab aku baru putus cinta.
Coklat - ...Sebab aku tak tentu arah.
Lain-lain - ...Sebab aku fikir aku hebat.

Anda bolehlah kongsikan ayat-ayat yang terhasil di dalam blog ini. Just tulis di dalam komen di bawah blog ini...TQ...^^v


Hello hello....baru-baru ni, adik perempuan saya beli Canon EOS 550D dengan lens EFS 18-55mm. Pastu, saya cuba untuk menggunakan DSLR tu and selepas mencuba, saya mendapati ada beberapa perbezaan diantara Canon EOS 550D tu dengan Nikon D90 saya. Ini adalah personal review saya daripada kedua-dua model DSLR tu (personal review daripada amatuer photographer..huhuhu)....Dari segi kualiti pic, kualiti pic 550D lebih baik sebab pixel yg lebih tinggi (18mp) berbanding D90 (12mp) dan juga mungkin disebabkan oleh 550D yang mempunyai sensor yang lebih besar. Walaupun begitu, bagi saya, kualiti pic D90 pun sudah cukup baik (and mungkin terbaik bagi amatuer macam saya)...so, bagi saya, pixel tidak 100% mempengaruhi kualiti gambar. Kualiti gambar bergantung kepada lens dan juga skill seseorang itu mengambil gambar. Kalau xpandai ambil gambar, pixel tinggi pun xda maknanya juga...huhu...pastu, dari segi ISO pula, jika dibandingkan noise yang terbentuk pada ISO 3200, noise pada D90 lebih lembut dan kurang daripada noise yang terbentuk daripada 550D...so, kualiti pic pada ISO yang lebih tinggi lebih baik pada D90...itu adalah pengalaman yang saya dapat daripada kedua-dua model ini. Pastu, bagi saya, function pada 550D kompleks. Susah mau setting dan paparan pada screen pun agak membingungkan. Terutamanya kalau kita menggunakan Mode Manual, sangat susah untuk setting aperture, shutterspeed dan flash mode. Tidak seperti D90, semua setting tu just perlu tekan button yang simple dan dibantu oleh dual dial mode. Mudah untuk setting ISO, aperture dan shutterspeed. Pastu, D90 juga ada 11 focus point berbanding dengan 9 focus point pada 550D dan sangat mudah untuk setting focus point pada D90...kalau 550D, kena tekan button lg untuk setting focus point...xmacam D90, kita boleh set di mana kita mau focus just dengan mengawal button (1 touch saja). Lagipun, D90 ada dual screen and itu sangat memudahkan pengguna. Walaupun screen 550D lebih wide daripada D90 and lebih bnyk warna daripada D90, tapi D90 ada dual screen. Itu yang lebih baik sebab ia memudahkan pengguna. In fact, 550D lebih ringan dan lebih kecil saiznya berbanding dengan D90. D90 lebih berat (apatah lagi bila + speedlight + baterry grip) tapi body D90 lebih sedap and selesa dipegang. Keseleasaan memegang kamera amat penting untuk mendapatkan gambar yang baik. Pastu, battery D90 lebih tahan lama daripada battery 550D. Means, D90 boleh shoot lebih banyak pic daripada 550D. Paling penting, D90 ada build in motor, yang bermaksud, D90 boleh menggunakan autofocus walaupun menggunakan lens yang tidak mempunyai build in motor (lens murah). 550D tidak mempunyai build in motor dan 550D perlu menggunakan lens yang mempunyai build in motor untuk membolehkan autofocus berfungsi. Maksudnya, kalau lens tu xda build in motor, pengguna 550D terpaksa la focus secara manual which is agak susah and perlu diambil kira bahawa lens yang ada build in motor jauh lebih mahal berbanding dengan lens yang without build in motor. So, ia adalah satu kelebihan bagi D90 dari segi penggunaan lens. Pastu, D90 mempunyai build in AF assist illuminator yang membantu lens fokus pada keadaan yang gelap. 550 pula tidak mempunyai build in AF assist illuminator tetapi pencahayaan untuk membantu lens fokus pada keadaan yang gelap adalah daripada flash yang memancarkan flash secara berterusan kepada subjek. Bagi saya, pemancaran secara terus boleh mengganggu subjek terutamanya apabila mahu mengambil gambar orang dalam keadaan pencahayaan yang kurang (boleh menyakitkan mata). So, secara kesimpulannya, saya lebih suka menggunakan D90 daripada 550D. Walaupun 550D mempunyai rakaman video full HD, tetapi, itu xpayah cakaplah sebab DSLR lebih kepada shoot pic dan bukannya shoot video. Kalau mau shoot video, better beli handycam sajalah. So, setakat itu sahaja personal review saya kepada kedua-dua model DSLR ini. Kepada orang-orang yang hendak membeli DSLR, saya mencadangkan bahawa belilah Nikon D90 ataupun Nikon D7000. (sebab target saya seterusnya ialah mau tukar D90 saya menjadi D7000...tunggu sampai saya kaya la dulu..hahahaha)..Xrugi beli D90...memang puas hati. Bagi saya, kepada orang yang meminati photography, D90 ataupun D7000 sudah memadai. model-model yang advance daripada dua model ini hanyalah untuk orang-orang yang menjalankan perniagaan dan perkhidmatan photograpy which is memerlukan gear serta gadjet yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk perniagaan dan perkhidmatan mereka. Bagi mereka yang just menjadikan photography sebagai hobi dan minat, D90 and D7000 sudah sangat-sangat memadai untuk mereka. Ini just pengalaman saya meggunakan D90. Sorry kalau saya ada tersalah info sebab saya menulis review ini atas pengalaman saya menggunakan kedua-dua model DSLR itu dan bukannya dirujuk daripada mana-mana sumber. So, thatz all for this time. ^^v

AYAT-AYAT POWER SELEPAS KAHWIN....

SEBELUM TIDUR...
4 MINGGU : gudnyt sayangggg...sweetdreams..mmuuaahh...
4 BULAN : tolong padamkan lampu tu...silau lerrr.....
4 TAHUN : TEPI SIKITLAHH...TIDO KALAU X MENGEPIT TAK BOLEH KERR????

PAKAI TOILET...
4 MINGGU : xpa, u masuk dulu...i tak kesahhhh.....
4 BULAN : lama lagi ker ni?????
4 TAHUN : BRUG...BRUG..(PINTU TANDAS DIGEGAR)..KALAU NAK BTAPA P LERR GUNUNG 
EVEREST OI...

BALAS SMS...
4 MINGGU : ya sayang..jap lg i sampai rumah...sayang, i belikan nasi goreng kegemaran u yer sayang...
4 BULAN : traffic jam niii.....
4 TAHUN : K

DATING PROCESS...
4 MINGGU : i love u, i love u, i love u...
4 BULAN : of course i love u...
4 TAHUN : YA LAH...!!!!! KALAU I TAK CINTAKAN U WAT PE I KAHWIN DENGAN U..!!!

PULANG KERJA...
4 MINGGU : sayangggg...i da balik ni..
4 BULAN : i’m back..!!
4 TAHUN : MASAK APA HARI NI?

HADIAH ULANG TAHUN...
4 MINGGU : sayang, i harap u suka cincin yang i belikan untuk u ni..
4 BULAN : i belikan lukisan..nampak sesuai dengan suasana ruang tengah...
4 TAHUN : PAKAI DUIT U LA...I XDE DUIT...GAJI I SIKITLAH BULAN NI...

TELEFON...
4 MINGGU : baby..ada org nak berbual dgn u ni..hehehe...
4 BULAN : ehhh...u call..
4 TAHUN : AISHHH...ADA TELEFON TP XNAK ANGKAT..BAIK XPAYAH PAKAI TELEFON!!!

MASAKAN...
4 MINGGU : wahhhh tak sangka i, pandai u masak..rasa pun sedappp....
4 BULAN : kita makan apa mlm ni???
4 TAHUN : HAISSHHHH...LAUK NI LG......!!!!

MEMAAFKAN...
4 MINGGU : sudahlah, xpa, da pecah pun..nnti kita beli yang baru k...
4 BULAN : hati-hati...nnti jatuh tu....
4 TAHUN : ORG DA PESAN BANYAK KALI PUN X PANDAI FAHAM-FAHAM!!!!

BAJU BARU...
4 MINGGU : aduhhh sayang...cantiklah u pakai baju ni...
4 BULAN : lahhhh...beli baju baru lg....
4 TAHUN : DA HABIS BERAPA RIBU BELI BAJU TU????

MERANCANG HOLIDAY...
4 MINGGU : cuti ni kita g jalan-jalan kat tempat yang u suka, nak x syg?
4 BULAN : kita g Bukit Bintang je la, senang sikit...
4 TAHUN : JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH JER X BOLEH KER??? BUANG DUIT JERRR.....

TV...
4 MINGGU : syg, kita tengok crite apa malam ni?
4 BULAN : sekejap ea...crite best nii....
4 TAHUN : JANGAN TUKAR-TUKAR BOLEH TAK???

Andai Lelaki Tahu...

Andainya lelaki tahu...Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andainya lelaki tahu...Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Andainya lelaki tahu...Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu...Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang...tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"We don't have time to waste asking for things we dont have. We can only look for the best way to fight with the things we have for our whole LIFE"